timbil
Dekat-dekat nak raya ni mata pulak buat hal. Ada org panggil ketumbit..aku panggil timbil..
Kalu ikut mitos org dulu-dulu...ianya jadi sebab org tu suka skodengg...hahaha..
Giloss...mana ada weyy...apa nak skodeng bulan posa nih. Itu semua mitos semata-mata.
Mula nak jadi tu, aku rasa gatal kat mata. Kemudian aku genyeh-genyeh lah mata ni..
Mungkin tangan banyak kuman, jadi lah jangkitan
Di kesan sejak Khamis lepas lagi, hingga hari ni takde nampak tanda nak baik.
2 klinik aku dah pegi..ubat makan & ubat sapu semua ada.
Doc cakap kalu 2-3 hari lagi masih tak ok, datang balik dia nak pecahkan supaya cepat baik.
Maklumlah, raya dah dekat.
So aku tunggu sampai dia pecah sendiri.
Tapi hari ni nampaknya belum ada tanda dia nak pecah sendiri. Makin besar adalah. Pandangan mata pun nampak sedikit lari..satu mata separuh tertutup.
Jadi, hari ni aku decide nak gi klinik utk pecahkan bengkak tu.
Doc check, dia cakap dah masak, dah boleh pecahkan....ngeeee
Doc titik ubat bius dlm mata, tapi sama aje rasanya..takde rasa kebas pun.
Kemudian dia picitkan bhg yg nanah tu...sakit la jugak sat.
Lepas tu dia cuci sikit dan sapu ubat..dlm 10 minit siap.
Skrg ni aku nak tunggu dia surut lah pulak..
Harap2 ok sebelum raya..Nak drive jauh pulak tu.
Artikel di bawah di ambil drp info kesihatan
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Ketika kecil dulu, sesiapa yang ada ketumbit pada mata pasti menjadi bahan usikan sekeluarga kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat buruk, iaitu mengintai orang.
Kalau ketumbit itu kecil tidak mengapalah kerana tidak ramai yang perasan, tetapi ia jadi masalah jika benjolan seperti jerawat di tepi mata itu besar sehingga menyebabkan rasa sakit selain malu diusik.
Sebenarnya ketumbit tiada kaitan langsung dengan tabiat mengintai kerana ia sejenis keradangan pada kelopak mata yang disebabkan jangkitan kuman. Biasanya bakteria ini membiak di akar bulu mata sebelum menimbulkan masalah.
Usikan mengaitkan ketumbit dengan tabiat buruk berkenaan perlu dihentikan, terutama jika ia berlaku pada anak yang berjiwa sensitif, kerana ia boleh menyebabkan mereka jauh hati dan rendah diri. Sebaliknya terangkan keadaan sebenar mengenai masalah yang berlaku pada mata mereka.
Punca dan Gejala Ketumbit
Ketumbit boleh dibahagikan kepada 2 jenis. Yang pertama akibat jangkitan kuman pada pangkal bulu mata. Jenis kedua ialah keradangan disebabkan penyumbatan pada kelenjar yang menghasilkan minyak untuk menentukan bulu mata kalis air atau kalazion.
Adakah ketumbit itu berbahaya, terutama jika saiznya besar? Tidak. Ia tidak menjejaskan penglihatan seseorang, tetapi boleh menyebabkan kesakitan disebabkan berlaku bengkak pada satu kawasan kecil yang sensitif di kelopak mata.
Kadangkala seseorang boleh mendapat lebih daripada satu ketumbit pada satu masa, tetapi usah risau kerana ia tidak berbahaya. Selain benjolan merah pada kelopak mata, antara gejala lain yang mengiringi ketumbit ialah :
* Mata berair.
* Mata terasa gatal, terutama jika ada habuk.
* Mata menjadi sensitif terhadap cahaya.
* Kelopak mata menjadi merah dan bengkak,
Biasanya ketumbit mengambil masa 3 hari sebelum ia pecah dan kering. Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, ketumbit akan sembuh dalam tempoh seminggu.
Ketumbit jenis kedua yang disebabkan penyumbatan kelenjar minyak (kalazion) pula 'tumbuh' lebih perlahan dan jika ia terlalu besar, ia mungkin boleh mengganggu penglihatan.
Apakah rawatan bagi ketumbit?
Rawatan utama untuk ketumbit ialah penggunaan antibiotik setempat yang harus diletakkan ke dalam mata bagi merawat jangkitan kuman dan pembedahan kecil.
Bilakah pembedahan diperlukan?
Pembedahan hanya diperlukan untuk ketumbit yang disebabkan oleh penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata selepas rawatan antibiotik setempat tidak berkesan. Selalunya ia berlaku selepas keradangan berlanjutan melebihi dua minggu.
Apakah rawatan pada peringkat awal bagi kalazion?
Ia dapat dirawat dengan meletak antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata. Ini harus dilakukan sebanyak 3 kali selama seminggu.
Adakah ketumbit menyebabkan kebutaan?
Tidak. Ini kerana ia hanya membabitkan kelopak mata. Fungsi melihat bergantung kepada kesihatan biji mata dan kesihatan mata tidak terganggu apabila ada ketumbit.
Bolehkah ketumbit menyebabkan gangguan penglihatan?
Ia boleh menyebabkan sedikit gangguan jika terlalu besar dan menekan pada bahagian tengah mata, yang mana ia menyebabkan astigmatisma.
Anak saya sering mendapat ketumbit, adakah ini bermakna beliau kurang sihat?
Tidak, sebenarnya ia jangkitan dan boleh berlaku pada sesiapa saja.
Bolehkah ketumbit berjangkit?
Ketumbit tidak berjangkit kepada orang lain. Ini kerana ia disebabkan penyumbatan pada kelenjar tarsal mata pesakit.
Apa harus saya lakukan jika berlaku ketumbit pada kelopak mata anak saya?
Segera jumpa doktor untuk mendapatkan antibiotik dan memulakan rawatan untuk mencegah pembesaran ketumbik.
Bagaimanakah pembedahan ketumbit jenis kalazion dilakukan?
Untuk orang dewasa, selalunya ia dilakukan dengan pembedahan menggunakan bius setempat dan tidak menyakitkan. Bagaimanapun untuk kanak kanak, pembedahan menggunakan bius am diperlukan.

2 responds:
assalamualaikum..pendapat saya la..kalau mula2 nak jd ketumbit, mata rasa gatal n sengal2. amik bawang putih, potongkan sedikit di bahagian hujung dan sapukan dimata. ia agak pedih, tapi amat berkesan.
kalau ketumbit tu dah masak, tak boleh ke die pecah sndiri? mesti nak buat pembedahan ke utk pecahkan ?
Post a Comment