Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Monday, November 16, 2009

cctv

Aku cadang nak pasang cctv kat depan rumah.
Apa pasal?
Pagi tadi punya hal, masa keluar nak pegi kerja, kasut yang aku letak kat depan sudah hilang!
Nak kata silap letak, tak mungkin. Malam tadi masih ada.
Pintu grill memang kunci..ada payung kat luar..aku syak pencuri tu guna payung utk kait kasut tu sebab kalu ikut logik, tak mungkin tangan dia sampai nak capai kasut tu sebab grill rumah aku ni design lubang besar di bahagian atas, lubang kecil di bawah (tujuan buat dulu nak elak drp kucing masuk). Ini dah kira kali ke-2 kasut aku kena rembat depan rumah.
Dulu dah kena sekali, kasut mahal cap camel..baru je pakai tak sampai seminggu.
Yang kes ini pulak, kasut tu kalau tengok dari jauh, nampak macam baru...tapi sebenarnya dah buruk pun.
Kasut cap ayam saja..haha
Mungkin si pencuri tu kelabu mata kot.
Tak puas hati, aku cari pula kat sebelah luar grill...
Hahaha...ada kat celah2 pasu rupanya...sah la ada org cuba curi...
bila dapat kasut tu, mungkin dia tengok kasut tu dah buruk, cap ayam pulak tu...
terus tak jadi curi...hahaha
Nampaknya aku kena pasang la satu cctv kat depan..senang nak tangkap pencuri kasut ni.

Masa pegi Singapore tempoh hari, aku tengok banyak tempat ada cctv, mungkin sebab tu la org2 sana takut nak buat salah..sebab ada "mata" yang sentiasa melihat.
Kat gerai makan pun ada cctv..Pernah sekali aku pegi satu food court..aku ingatkan self service, bila nak masuk ambil nasik & lauk tiba2 owner kedai cakap..."ehh..tak boleh masuk sini!"
"Kenapa?" aku tanya dia.
"Sana ada camera, nanti kena saman".
Aku tengok kat sebelah atas, semua kedai ada camera cctv. Kedai kecik pun ada cctv jugak.
Patut la orang Singapore ikut peraturan, takut kena saman.
Nak kena tanya mat yuh ni, berapa kos nak pasang cctv.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats