Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, November 10, 2009

trip Singapore2

Vendor yg jemput kami di airport tu org Korea, nama Richard Kim. Sepanjang minggu ni, beliau lah yang akan ambil dan hantar kami ke hotel. Sampai di hotel, jam dah hampir pukul 4pm.Kami terus ke kaunter utk check in. Setiap drp kami mendapat satu bilik seorang. Aku ditempatkan di satu bilik tingkat 9 manakala 2 org lagi di tingkat 8. Sebelum masuk bilik masing2, kami dah set time utk turun balik jam 5pm sebab nak cari kedai makan. Perut dah lapar sangat time ni sebab tengah hari belum makan. Kami juga dah bgtau Richard supaya datang jemput kami jam 9.30am setiap hari. Selepas semua urusan check in selesai, kami naik ke bilk masing2.
Jam 5pm kami jumpa semula di lobby, kemudian tanya receptionist kat mana ada kedai makan berdekatan hotel. Setelah diberitau tempat, kami pun memulakan langkah.
Ada satu kedai mamak berdekatan hotel (seberang jalan saja). So, kami decide nak makan kat situ saja sebab lain2 kedai kami tak nampak..kalau ada pun banyak kedai cina. Masing2 order nasi.
Aku order nasi putih lauk kari kambing & air tea ais.
Kos makan petang tsb lebih 5.5 dollar. Agak mahal jika dibandingkan dengan Malaysia
(kadar tukaran matawang 1 dollar Singapore= RM2.45).
Mula2 tu tersasul juga sebut "ringgit" masa nak bayar.."ini berapa ringgit semua?" opsss..silap "berapa dollar?"
Kat sana mana ada sebut "ringgit", semua sebut dollar...hahaha
Lepas makan & perut pun dah kenyang, kami plan nak jalan2 di sekitar hotel tengok apa ada di sekitar. Mungkin ada kedai makan halal yang lain. So, kami plan nak turun semula jam 8pm.
Kemudian kami naik ke bilik masing2.
Jam 8pm kami turun semula ke lobby.

bersambung..........

Related Posts:

  • roti canai top bangiTiba-tiba rasa nak menulis blog sikit walaupun jam dah bertukar ke angka 1220AM. Hari Ahad lepas, pergi sarapan pagi roti canai paling top di Bangi. 6… Read More
  • tukar layout blogNew face. Masih banyak yang nak kena edit xml code bagi nampak cun sikit. Time free boleh la bermain-main dengan xml code ni. Kadang-kadang kalau code… Read More
  • cerita ramadanJuz Amma yang panjang-panjang banyak dah lupa. Skrg tengah cuba nak hafal balik. Maklumlah kadang-kadang kena jadi imam solat & terawih kat surau … Read More
  • soya bahaya kesihatan??Baru-baru ni aku ada terbaca dalam beberapa blog tentang bahaya soya/air soya atau bahan makanan bersumberkan kacang soya. Kalau search google, type "… Read More
  • undang-undangSejak berita uncle seeker bongkar kisah TMJ, tenggelam terus berita pasal plet WWW1 yang dibangkitkan oleh bekas MB Nizar. Uncle seeker ni jenis orang… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats