Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Monday, January 18, 2010

copy paste

Barangkali anda rasa keliru. Apa sebenarnya “pelaburan” yang terbaik?

Jumpa Anwar, dia kata Putrajaya. Jumpa Najib dia kata kelengkapan tentera. Jumpa Mahathir, dia kata ASB. Jumpa Pak Lah dia kata pertanian. Jumpa Mokhtar dia kata artis. Jumpa Rosmah dia kata jadi isteri PM.

Pening kepala.

Pada saya, bukan “instrumen” kewangan yang paling utama. Tapi adalah pengetahuan diri sendiri.

Kalau beli emas banyak-banyak pun, tapi hutang kad kredit konvensional masih keliling pinggang, amacam ?

Beli macam-macam saham pun, tapi satu kaunter pun tak naik, amacam ?

Beli hartanah sana sini pun, tapi semua masih kena “top-up” pada hujung bulan, amacam ?

Maka, sebab itulah pengetahuan yang paling penting. Apabila kita sudah ada ilmu pengetahuan, maka kita semua dapat menyusun keutamaan.

Jadi, saya cuba susun beberapa keutamaan untuk anda baiki balik.

Keutamaan # 1. Hapuskan hutang kad kredit konvensional segera. Kemudian, tukar kepada kad dari perbankan Islam kerana ia tidak ada elemen compounding interest. Kemudian, anda kena pastikan anda selesa untuk bayar lebih dari sekadar minimum payment. Kalau kadar minimum payment pun anda tidak selesa, itu maksudnya anda ada masalah dengan hutang kad hutang anda.

Keutamaan # 2. Pastikan anda selesa dengan kadar hutang-hutang yang lain. Contohnya, kalau dulu anda beli rumah kadarnya tinggi, BFR + 1% misalnya, cubalah anda tanya bank balik, boleh tak dapatkan rate baru yang lebih murah ? Ini contoh aje. Ada beberapa cara lagi.

Di sini saya tak maksudkan, mesti selesaikan hutang segera. Tidak. Saya maksudkan, pastikan jumlah duit gaji anda yang disumbangkan kepada bank setiap bulan adalah pada tahap yang terkawal. Anda tidak pening. Anda masih cukup makan. Anda selesa.

Keutamaan # 3. Simpan simpan simpan. Anda mesti ada sejumlah wang tunai yang mencukupi. Kalau simpanan belum cukup, lupakanlah untuk m.e.l.a.b.u.r.

Keutamaan # 4. Perlindungan kewangan yang mencukupi. Tidak kurang sangat, dan tidak berlebih-lebih. Buat apa ada sampai 2 polisi takaful yang beri manfaat yang sama?

Keutamaan # 5. Kenal pasti diri risk appetite diri sendiri. Pelaburan apa yang anda selesa ? Saham. ASB. Hartanah. Unit trust selain ASB? Emas. Derivatif … ? Di sini, sudah tentu anda kena tahu dulu apa impian kewangan anda. Kalau bercita-cita duduk rumah di tepi KLCC 10 tahun lagi, ASB sahaja tak cukup bang. Kena cari instrumen kewangan lain. Kalau bercita-cita nak pakai Mercedes hanya selepas pencen, itu takpe.

Tidak semestinya pelaburan. Anda boleh buat bisnes. Anda boleh dapatkan pendapatan dalam bentuk royalti dan seterusnya.

Keutamaan yang berterusan sampai mati. Sedekah. Zakat. Sedekah. Zakat. Sedekah. Zakat. Baik ketika duit lebih mahupun duit kurang. Allah swt sudah sebut kelebihan bersedekah ini dalam al-Quran. Dan al-Quran adalah petunjuk bagi orang yang bertaqwa. Buat secara konsisten walaupun jumlahnya sedikit pada awalnya.

Semoga anda tidak pening lagi.

sumber blog: http://www.pakdi.my/blog

Related Posts:

  • kuasa Read More
  • nombor plateSemalam aku pegi JPJ, tukar geran kereta sebab geran lama tu dah penuh.Sambil tunggu nombor giliran dipanggil, aku pusing-pusing tengok papan notis ka… Read More
  • power windowSabtu lepas, zakat fitrah untuk tahun ini telah dibayar.Bayaran dibuat di kaunter bergerak yg dibuka di mydin USJ. Kebetulan masa jalan2 ternampak kau… Read More
  • usain boltManusia terpantas. World record 100m & 200m sprint.… Read More
  • contestKat sebelah kanan atas blog ni, ada satu image "I love Malaysia, by exaBytes".Itu sebenarnya satu contest yg dianjurkan oleh exaBytes sempena hari mer… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats