Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Monday, February 08, 2010

update project cctv

Dengan berbekalkan sebuah camera bajet murah, power supply 12V 500mA, sedepa coaxial cable, 2 biji BNC connector & dvr kad yang aku beli hari tu, aku menjalankan ujian terhadap sistem cctv menggunakan software zoneminder version v1.22.3 yang dipasang pada OS linux ubuntu 8.04.
Hasilnya seperti gambar dibawah.

Mula-mulanya bila sambung camera pada dvr kad, tiada apa2 apa yang berlaku.
Kemudian aku ikut arahan yang diberikan oleh mat yus iaitu dengan masukkan arahan "sudo gedit /etc/modprobe.conf" pada terminal, aku copy paste command berikut
"alias char-major-81 bttv
options bttv gbuffers=16 card=133,132,133,133 tuner=4,4,4,4" dan save file tsb.
Kemudian restart console zoneminder dan bila click pada monitor, barulah keluar gambar.

Pada dvr kad tu ada 4 port. Mula-mula tu aku tak tau mana satu port 1, sebelah kiri atau kanan?
Kat sini aku try & error saja. Setting kat "Add New Monitor" tu penting.

Lagi satu yang aku tengah google, kenapa gambar gerak tak smooth. sangkut-sangkut je. Aku tengok kat monitor tu lebih kurang 2 fps saja. Adakah disebabkan camera atau ada setting pada console zm?

Perkara kedua nak setting, supaya cctv ni boleh di akses menggunakan internet dari luar.
Yang ni aku tak berapa paham lagi. Mungkin mat yuh boleh bagi tutorial pasal bab ni. Hehe
Sambil2 tu aku baca-baca juga forum kat ittutor.net. Banyak maklumat berguna kat sana.
Bila siap setting semuanya, aku plan nak cari coaxial cable dalam 30 meter, nak buat wiring dan juga point utk power supply. Nampaknya berselirat lah wayar kat dalam rumah ni..haha




3 responds:

9w2yzi said...

madie yg mu guna tu utk dvr card 4 cip... ambik yg satu lg mod probe setting tu... yg mula-2 aku pos kt ittutor.net.

utk broadcast ke tenet cctv mu kn buat port foward modem tu... make sure ltk security login kt zoneminder tu... kalu nk mu call aku aje

madeeaziz said...

haha..silap copy paste rupanya..nanti malam aku edit semula file modprobe tu & tengok apa hasil.

madeeaziz said...

bila check balik file modprobe.conf tu...dah betul...cuma entry blog ni yg tak betul...
yg dlm entry ni config utk 4 chip..

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats