Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, February 10, 2010

ulser

Aduhh...ulser mulut menyerang lagi.
Berdenyut-denyut sampai sakit kepala. Mata berair menahan sakit.
Rasa kepala berat, kalau dapat tidur sedapnya. Boleh hilang sekejap rasa sakit.

Semalam start sakit, bila aku check, nampak ada 2 tempat kena.
Satu di tepi lidah & satu lagi ke dalam dekat dengan anak tekak.
Nak telan makanan punya lah sakit. Nak buat macam mana..terpaksa tahanlah sampai terpejam-pejam biji mata. Nak nganga lebih dari 30 darjah pun tak berapa lepas...huhu.

Biasanya kalu kena ulser ni, mau makan satu minggu baru baik. Mulanya ingat nak tunggu sampai baik sendiri..tapi tadi kebetulan lalu tepi klinik panel, terus masuk minta ubat.
Ambik ubat kat kaunter je..tak masuk bilik doc pun (tapi doc ada kat kaunter tu).
Doc cakap dgn assistant dia je suruh ambik ubat itu ini..
Dia bagi aku ubat cream sapu/gel dan ubat pil telan sakit tekak.

Cream tu biasalah aku guna, sapu sikit kat tempat ulser tu, rasa kebas & sakit akan hilang sekejap dlm 5-6 minit. Rasa macam air kelapa pun ada..
Tapi yang ubat sakit tekak tu apahal pulak. Bukannya aku sakit tekak..Ntah lah..
Nak bertanya lebih dengan doc pun rasa tak sedap mulut...biar aje lah dia nak bagi.

Apa punca ulser ni, doc cakap skrg musim panas..boleh jadi punca ulser.
Kena banyak minum air. Kurangkan makan pedas & panas..
Ni ayat biasa doc lah.

Sambil tulis entry ini, aku google punca ulser..ni dia jawapan
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit/Ubat/UlserMulut.php

Tahan sajalah sampai ulser ni sembuh. Barulah sedap nak makan-makan.
Tadi sempat pegi beli limau cina aka lokam.
RM15 sekotak saiz M..
Anak aku suka makan limau. Aku pun suka..hehe
Rasanya satu hari boleh habis tu. Walaupun sakit mulut kena ulser, sempat juga aku makan 2 biji..hehe


3 responds:

Anonymous said...

Bro samalah aku pun ada sebijik ulsur ni kat gusi...nak gosok gigi punyalah sakit.....
Dua hari lepas anak aku yang kena juga...

Aku pakai ubat Bonjamin ke apa nama lupalah bro, memang cepat baik...

madeeaziz said...

Itu ubat nama bonjela..bukan bonjamin..hehe

kalu anak kena boleh demam tu..
sakit tak hingat punya..

kalu kena kat gusi boleh tenyeh ubat..ini kena kat hujung tekak sana..nak juluk ubat pun tak berapa sampai..huhu

Anonymous said...

Aku dh sminggu dh kna ulser,xhilang lg.... mcm mna nk merawat ni....plessss tlong aku...

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats