Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, March 10, 2010

manusia

Ada juga segelintir manusia yang duduk rumah flet ni yang tak pikir hak orang lain yang berkongsi bangunan sama. Ikut suka dia saja apa nak buat. Malam-malam buta ni pun boleh lagi bertukang mengetuk dinding. Kalau ye pun agak-agak lah sikit. Bikin kerja tukang di hari minggu waktu hari siang kan lebih mulia. Tak ada lah orang nak menyumpah.

Satu hal lagi, sampah sarap ikut sedap tangan saja nak campak. Tepi lif lah. Kat celah tangga lah. Dalam lif pun ada. Sampai ulat pun berpesta. Aduyai. Pergi lah buang kat tong sampah sana nun. Jangan nak senang sendiri saja. Nak kata bodoh, kebanyakannya nampak macam cerdik. Pakaian cantik-cantik, kereta besar-besar. Inilah barangkali otak letak kepala lutut. Minda kelas ketiga orang kata. Nak harap cleaner pun, tak boleh nak harap sangat.

Air kolam pun dah hampir seminggu berlumut hijau pekat. Sesuai sangat jadi tempat nyamuk membiak. Ini satu hal lagi, management hantu punya kerja. Bulan-bulan bayar, tapi servis macam haprak. Nak buka pintu pun risau nyamuk masuk rumah bersuka ria. Walaupun aku tak mandi kolam, tapi sakit mata juga lihat kolam depan rumah ni macam loji gayanya. Anak-anak juga yang kempunan tak boleh terjun kolam hari minggu.

Ada duit tak bayar orang kerja. Ini lah jadinya. Pekerja pun mogok tak mau kerja. Tinggal lagi pak gad laki bini tu yang boleh bertahan lama sebab dah dibuatnya pondok guard tu sebagai rumah. Pernah aku dengar, sampai 5 bulan tak dibayar gaji, tapi mereka tetap maintain di situ.

Hehe..entry di malam hari sambil tunggu mata rasa mengantuk. Anak bini semua sudah tidur, esok senang bangun awal supaya tidak kucar-kacir bersiap. 5.30 jam loceng bunyi..bangun tu belum tentu lagi..tup-tap-tup-tap bersiap..jam 7 juga baru ready untuk bergerak ke semua destinasi. Sudahnya anak yang tua lambat juga sampai sekolah. Tiga anak, tiga arah berlainan perlu di tuju. Kadang segan juga dengan guru. Huh. Tak boleh jadi macam ni.

Nota:Kasut yang hampir dicuri di depan rumah.

Related Posts:

  • bahasaSedang melayari beberapa blog, tiba-tiba terbaca bahawa blog penulis terkenal Faisal Tehrani dah berhenti menulis blog. Entah kenapa beliau dah tak me… Read More
  • install corel video studio X4Tips jika button next tak keluar semasa nak install corel video studio x4. Aku guna method No.2. Delete registry folder HKEY_CURRENT_USER\Software\Mic… Read More
  • nota kerja hari iniCV207 Ch.A - uniformity o.o.s >2x. spec <3%. result 3.3%, 3.4% action taken: -ramp down temp from 400 degC to 25degC (setengah hari tunggu) -le… Read More
  • cuti cutiSempena cuti sekolah ini, aku keluar dari kesibukan KL selama 3 hari balik kampung halaman membawa anak-anak balik besut. Bergerak dalam pukul 2 ptg s… Read More
  • tanah runtuh, takziah kepada yang terlibatTakziah diucapkan kepada waris mangsa anak yatim yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di perumahan anak yatim al-Takwa Hulu Langat. Kejadian sema… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats