Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, March 09, 2010

mokhdar

Sebelum ni aku tak pernah dengar nama mokhdar. Suatu hari masa tengah baca-baca blog, aku terbaca sikit intro pasal mokhdar. Menarik juga. Kisah tentang seorang melayu yang berjiwa besar, mengharungi pahit maung dalam mencipta kaedah baru agar di terima oleh pemerintah malaysia pada masa itu. Siapa dia, apa kaedah mokhdar tu? Kemudian aku cuba mengugel nama mokhdar utk cari maklumat lain. Mana tahu, pemilik nama mokhdar ni ada blog @ web sendiri. Rupa-rupanya memang wujud web/blog milik beliau.Aku saja yang tak tau kewujudannya..haha.
Dalam web/blog tu, tak ada la pula cerita detail apa benda kaedah mokhdar tu. Aku cuba mengugel lagi mana tau ada info lain...

Dalam masa mencari info tu, dgn tidak disangka, sekolah anak aku ada beritahu bahawa satu taklimat  pembelajaran tentang kaedah mokhdar akan dibuat selepas meeting PIBG. Pengasasnya sendiri yang akan datang. Bayaran rm10 setiap pelajar.
Pucuk di cita ulam tiba. Oleh kerana nak tahu apa itu kaedah mokhdar, aku terus buat bayaran pendaftaran.
Sesi taklimat/pembelajaran ni dibuat pada hari Ahad di SKBJ. Jadi pada hari Ahad tu, aku kejutkan anak bangun awal utk ke sekolah, sebab program bermula jam 8pagi hingga 12 tghari.

Mulanya aku ingat tak ramai yang join, tapi bila sampai di sekolah tu, orang dah mula memenuhi dewan terbuka. Aku rasa lebih 100 org.

Secara ringkasnya kaedah mokhdar ni adalah satu teknik ciptaan En Mokhtar Hj. Mansor utk meringkaskan sebutan nombor kepada nama yang lebih pendek. Katanya sebutan nombor dlm bahasa melayu agak panjang jika dibandingkan dgn bahasa cina atau inggeris, sebab tu kebanyakan orang melayu gagal menguasai matematik dengan baik, jadi beliau mencipta perkataan baru yang lebih pendek, supaya mudah diingat & disebut oleh orang melayu. Cthnya kalau "satu", dipendekkan jadi "tu", dua=wa, tiga=ga, empat=pat...lain-lain aku tak ingat dah. Ada dia jual poster nombor tapi aku tak beli pun.

Nampak menarik kaedah ni, tapi kalau perlaksanaan tak menyeluruh, aku rasa tak jadi juga. Maklumlah, di sekolah belajar lain, kaedah mokhdar pula lain bahasanya. Aku sendiri pun pening juga nak ingat singkatan2 nombor ni. Anak aku pun tak faham apa benda yg dia belajar. haha.
Beliau kata kalau nak supaya pelajar betul-betul faham, kena join kem mokhdar dan buat latihan yg ada dalam buku (aku tak beli apa-apa buku pun, sekadar datang utk tahu apa itu mokhdar).
Pada hari tu, En Mokhtar ni bawa 2 orang anak dia utk buat demo. Memang cekaplah anak dia tu membuat kira-kira matematik. Congak dalam kepala saja dah tau jawapan. Aku pun tak boleh macam tu. Aku rasa Adi Putra pun tak boleh lawan.


En Mokhtar & anak sedang buat demo

1 responds:

chillsberry said...

salam.

untuk maklumat yang lebih lanjut, sila masuk ke dalam web ini

www.mokhdar.com


untuk testimoni dari peserta yang sudah mengikuti bengkel intensif, sila masuk di sini

http://www.facebook.com/group.php?gid=112258012119872

terima kasih :)

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats