Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, March 31, 2010

papparich

Tengahari tadi aku & wife singgah kat restoran baru buka di kawasan taman equine. restoran ni namanya paparich. baru aje dibuka hari jumaat lepas. mulanya aku tak tau apa benda yg dijual kat restoran tu. maklumlah, tak pernah masuk pun kedai macam ni. tiap-tiap hari aku tengok ramai orang makan kat sini. sedap sangat ke? nak try jugak sekali.

Kebetulan tadi ada hal di kawasan sana, terus aje kami masuk kedai tu. Saja nak testing. environment & deco kedai ni menarik. Sedap duduk lepak-lepak sambil minum kopi panas. pelbagai jenis makanan ada, mee, nasik, roti dan sebagainya. atas ni nasi ayam, harga dia RM9.90. Sedap juga.

Set nasi ayam pekena dengan air fresh orange. yammii..tapi service lambat sikit, kata waitress kat situ, hari ni staff tak cukup. nak masuk kedai macam ni nak kena ada duit lebih sikit. kedai mcm ni biasanya tempat lepak org2 kaya aje. tengok pengunjung pun semua pakai kereta2 mewah..hehe..org biasa mcm aku ni boleh la sekali-sekala masuk..haha

Ini nasi goreng biasa, campur telur mata & sambal, harga RM5.90. rasanya boleh lah. nasiknya kering sikit. sambal dia sedap. ni aku pekena dgn air kopi panas..kopi dia best..pekat melekat. tapi mata aku still mengantuk juga lepas minum kopi ni..mlm tadi tak tido sangat sebab kena flu. sumbat tisu aje dalam lubang hidung..huhu

Lain kali nak test nasik lemak pulak.

Related Posts:

  • kunciCerita minggu lepas, pintu rumah ambo jem koil.Tibo2 saja kunci tak buleh buko. Ahh sudoh....pikir amboDoh la lewat malam, baru balik dari klang...adu… Read More
  • minyak oh minyakKerajaan telah memperkenalkan RON95 sebagai alternatif kepada minyak petrol RON97 yang sedia ada di negara kita. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan … Read More
  • apa sajaSejak minyak naik ni, aku isi tank dgn minyak paling murah a.k.a minyak merah a.k.a RON95.Murah tak murah jugak rm1.80 tuu..Nasib baik enjin tadak geg… Read More
  • power windowSabtu lepas, zakat fitrah untuk tahun ini telah dibayar.Bayaran dibuat di kaunter bergerak yg dibuka di mydin USJ. Kebetulan masa jalan2 ternampak kau… Read More
  • mesinSetelah memberikan perkhidmatan yang cemerlang hampir 7 tahun, akhirnya pada hari Ahad lepas, mesin basuh rumah aku rosak. Masa tu org rumah tengah ba… Read More

3 responds:

madeeaziz said...

gileer..takde keje lepak dok update blog...hidung tersumbat ni..sejuk aircond + hujan di luar

Anonymous said...

tahun 2010 nasi ayam 9.90? murah gila..ns grg 5.90? sgt murah bandingdgn 2016 ni hahaha

madeeaziz said...

Sejak dari tu aku dah tak masuk kedai ni..hahaha..skrg punya harga tak tau la berapa...mau 20 hinggit kot..huahua

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats