degup jantung
Bila baca berita mutakhir ini, banyak kes-kes kecurian, ragut dan rompakan berlaku dalam masyarakat kita. Kadang-kadang rasa takut juga bila memikirkannya.
Tadi, aku juga hampir menjadi mangsa ragut..kebarangkalian berlaku tu agak tinggi..aku dapat rasa begitu hampir terjadi..tapi alhamdulillah..tiada apa-apa terjadi walaupun jantung aku berdegup kencang...huhu.
Masa tu, aku di west port, rumah mertua. Lebih kurang jam 8.30 mlm aku dengar azan di surau berdekatan. Tanpa berlengah, aku berjalan ke surau tersebut, jarak surau tu aku anggarkan dalam 70 meter dari rumah. Untuk ke surau tu, aku ikut laluan biasa yang selalu aku berjalan iaitu melalui taman permainan. Tempat tu agak gelap. Walaupun di sekitar tempat tu banyak lampu jalan, tapi gelap juga sebab banyak lampu yang dah rosak.
Semasa melalui taman tu, aku terdengar suara seseorang "ho.....ho....ho.." beberapa kali. Aku berpaling dan ternampak kelibat seorang lelaki berseluar pendek berdiri berdekatan tempat buang sampah. Jarak orang tu dengan aku agak-agak dalam 15 meter. Aku tak berhenti dan terus berjalan sambil sesekali memerhati kelibat orang tu. Mukanya tak nampak jelas. Kemudian aku dengar lagi "ho......ho......ho" dan nampak orang tu tengok ke arah aku. Masa tu tak ada orang di sekitar tempat tu.
Masa ni aku dah tak sedap hati, apa hal pulak mamat tu panggil-panggil aku. Nak peras ugut ke apa ni. Aku berjalan terus dan bila aku berpaling semula ke arah orang tu, aku nampak dia mula bergerak menuju ke arah aku. Huuu..masa ni aku pun hayun langkah lebih cepat supaya tak bertembung dengan orang tu. Aku dah tak tengok belakang lagi. Gila apa nak tunggu, buatnya orang tu bawak pisau ke apa...naya aku. Dah la sorang-sorang di tempat tiada orang.
Bila sampai berdekatan surau, aku dah rasa lega sikit sebab kelibat orang tu dah hilang. Mungkin tadi dia sempat ikut sekerat jalan saja. Aku rasa tadi dia nak pintas laluan aku. Mujurlah. Syukur Alhamdulillah tiada apa-apa yang buruk terjadi.
Masa nak balik dari surau, aku nekad ikut laluan lain. Risau juga, manalah tau orang tu masih tunggu kat area tadi. Sambil berjalan balik, aku tengok-tengok sekeliling. Nasib baik tiada sesiapa yang mencurigakan. Lega rasanya.
Seingat aku ini kejadian pertama aku di panggil orang yang tidak dikenali di malam hari yang gelap. Bila berseorangan di tempat gelap, macam-macam boleh berlaku. Terutama sekali di zaman kebanyakan manusia sudah tidak takut kepada Allah swt.
"Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari segala kejahatan makhluk yang jahat. Amin"

1 responds:
bahayo tuh....
Post a Comment