Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, April 09, 2010

kolestrol

Pagi-pagi pekena nasik lemak kat ofis, beli kat warung tepi jalan. Kadang-kadang tukar menu dengan roti canai sekeping beli kat kafe tempat kerja lepas hantar beg sekolah anak. Kemudian minum neskepi segera bancuh sendiri sambil duduk-duduk depan laptop tengok email terbaru kat mailbox. Sedar-sedar jarum jam dah berputar hampir ke pukul 10 pagi. Jam 12 tghari dah ready untuk lunch pulak..Beginilah kebiasaannya jika tiada sebarang masalah equipment.

Agaknya sebab ni lah tahap kolestrol aku tinggi lebih daripada had. Paras gula juga agak tinggi...doc dah bagi nasihat supaya jaga makan...kena selalu exercise. Itu hari doc bagi ubat kolestrol..sebulan juga makan ubat.
Tak tau le sekarang macamana tahap kolestrol aku ni. Harap-harapnya dah turun. Tunggu next checkup lah.

Kolestrol. Tinggi ni.

Paras gula. Kena jaga-jaga.

Kalau masa dulu, ketika zaman angkat kelapa sawit di ladang, rasanya masalah kolestrol ni tak timbul. Maklumlah, masa tu memang guna tenaga betul. Kira dah tak payah exercise lagi. Pagi-pagi makan nasi sepinggan penuh, lepas tu ikut ayah pergi ladang angkut sawit. Time kutip buah relai yang malas sangat..hehe. Kerja kutip buah relai ni elok bagi pada budak-budak perempuan. Sesuai dengan jiwanya yang halus..haha

Nota: Darah aku jenis A positif.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats