cuti lebih hujung minggu
Cuti hujung minggu tiga hari ini aku tak gerak ke mana-mana. Cuma berlegar-legar di sekitar kawasan rumah saja. Orang rumah baru baik demam selepas seminggu tak sihat. Anak pula masih kecil tambahan pula dengan cuaca yang agak panas di siang hari. Kesian bawa budak kecil panas-panas ni. Mengelejat juga bila kena sinaran panas matahari.
Sebenarnya minggu ni ada undangan majlis kenduri kahwin, di negeri Perak sana. Mulanya plan nak pergi, tapi tak jadi. Minggu depan cuti sekolah. Ada lagi kawan-kawan jemput kenduri kahwin. Melaka ada, Kelantan ada. Puchong ada. Ingat nak pergi jalan-jalan ke Melaka. Lama dah tak sampai ke sana.
Lepas tu plan nak balik kampung pula dalam masa cuti sekolah ni. Lama sangat dah tak balik. Asyik tergendala saja. Sekarang ni kalau dapat balik pun time cuti sekolah saja sebab anak dah masuk sekolah. Nak balik selalu pun susah juga, kalau kampung dekat anytime je aku balik. Dulu masa belum berumahtangga, paling lama pun setiap 3 bulan mesti mau balik kampung. Sekarang tak boleh dah, banyak komitment.
Kereta pun tak berapa sedap nak jalan jauh-jauh. Kereta lama. Harap-harap dapat berkhidmat lagi kepada tuannya sehingga jadi besi buruk. Bila dah jadi besi buruk, barulah boleh tukar lain.

0 responds:
Post a Comment