Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, May 21, 2010

ceramah sikit

Masa nak pegi masjid solat Jumaat tadi, tiba-tiba ingatan aku kembali pada zaman sekolah rendah dulu, tahun 80-an. Kat rumah aku ada beberapa buah kaset ceramah (dulu mana ada CD lagi). Penceramah ni orang daripada indonesia. Ayah aku yang beli kaset tu. Bila tak buat apa-apa, aku selalu juga pasang kaset ni dengar ramai-ramai sambil duduk keliling radio.

Aku lupa dah apa nama penceramah tu, tapi isi ceramah dia sangat bagus. Sehingga kini, aku masih ingat ceramah yang berkenaan kisah israk mikraj yang mana penceramah tu mengulas surah al-isra' ayat 1.

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."(al-isra:1)


Beliau kata, lebih kurang beginilah maknanya sebab aku pun tak ingat sangat dah kata-katanya, "jika kita fikir secara logik akal manusia, memang tak munasabah Nabi Muhammad naik ke langit dan turun semula ke bumi dalam masa yang amat singkat. Kemudian beliau membuat contoh seekor semut, katakan semut tu masuk dalam poket kita, kemudian kita berjalan jauh dan balik semula ke rumah dalam masa yang singkat. Bila sampai di rumah, semut tadi keluar daripada poket dan bertemu kawan-kawan semut dan bercerita tentang perjalanan tadi. Tentu sekali kawan-kawan semut tadi pun tak percaya sebab mana mungkin seekor semut yang kecil itu boleh bergerak jauh dalam masa yang sangat singkat. Sama juga dengan manusia, jika ikut fikiran manusia, memang tak logik, tapi jika kita fikir tentang kekuasaan Allah, semua itu tidak mustahil."

On the way balik dari masjid, otak aku masih ligat cuba mengingati nama penceramah tadi. Sampai ofis, aku minta bantuan mr google. Kemudian aku terjumpa nama KH Zainuddin MZ. Aku rasa beliaulah penceramah tu sebab lenggok bahasa lebih kurang sama saja.

Sempena hari Jumaat yang mulia ni, elok juga dengar sikit tazkirah supaya hati kita lebih dekat dengan Allah Yang Maha Pencipta. Banyak lagi kat youtube, ini hanya sebahagian saja. Nak tengok lagi, pasang broadband kat rumah, tengok saja di rumah. Kat ofis ni, sekejap sekejap saja ok lah.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats