Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, May 19, 2010

jangan potong queue

No plat sengaja aku gelapkan utk menjaga privacy empunya kereta

Bosan betul menempuh jalan jem setiap hari. Bersesak-sesak dengan orang kerja kerajaan. Tak tau nak ikut jalan mana lagi nak elak jalan jem ni. Patut 15 minit boleh sampai, sebab jem dekat sejam baru sampai. Aku syak ini semua orang kerja kerajaan putrajaya sebab banyak kereta ni menuju ke arah sana. Walaupun ada polis yag berkawal di setiap lampu isyarat, jalan tetap jem juga. Ini semua gara-gara perancangan yang kurang teliti semasa buat jalan raya dan buat pelan pembangunan sub urban.

Dah tau nak buat banyak rumah kawasan ini, buatlah jalan raya besar sikit atau pun buatlah banyak jalan alternatif. Sekarang ni pun ada lagi pasaraya besar nak buka, tapi jalan raya masih sama saiz seperti 10 tahun dulu. Akan datang lagi berserabut gamaknya kat jalan raya ni. Maklumlah, setiap hari ada saja kereta baru keluar, kereta lama pun masih banyak bergerak di jalan. Program pelupusan kereta-kereta old timer ni nampaknya tak berjalan sangat. Dulu ada ura-ura nak buat, tapi tak jadi. Entah apa sebab.

Nak buat macamana, selagi guna jalan raya ni, kena tahan lah juga walaupun jem sebab jalan raya ni semua orang kongsi. Kadang tu kalau dah tak gerak  lima nam minit, sempat juga layan tv kat talipon cap ayam..haha

cap ayam pun boleh pakai juga, ada tv ada wifi, boleh boh 2 sim kad lagi..huhu

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats