Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, July 30, 2010

trip cameroon

Lama sungguh tak masuk dalam blog ni. Tak ada apa benda nak tulis. Nak menulis kena ada feel baru sedap. Hari sabtu minggu lepas, aku naik cameroon highland anak-beranak, follow anak sulung ada program summer camp kat atas sana. Orang kata kalau nak ke sana time weekend, kena booking hotel awal-awal, takut penuh.
Kami gamble aje naik tanpa booking, harap-harap adalah tempat nak baring-baring sambil letak barang sikit. Bukan lama pun, satu malam saja.

Sampai sana, terus pergi hotel rainbow kat berinchang. Hotel ni kira famous jugak kat cameroon nih. Tapi semua bilik dah penuh. Harga pun agak mahal juga sebab dia ikut rate weekend. Kalau hari biasa murah sikit. Kemudian kami tanya hotel sebelah dia, hotel sentosa. Triple deluxe ada kosong satu bilik. Harga 170/night. Tanpa berlengah, terus bayar. Ingat tu nak survey hotel lain dulu, tapi risau pulak takut nanti yang dicari tak dapat, yang dah ada depan mata terlepas. Lepas simpan barang kat hotel tu, kami terus jalan-jalan sekitar tempat tu. Survey hotel yg ada di sekitar tempat tu, rupanya ada banyak lagi hotel kosong, ada free wifi pulak tu. Harga pun berpatutan.

2 responds:

RIS-FAMILI said...

Pehhh.... seronoknya gi sana. Mesti banyak borong stoberi, kektus dan teh.
Nak sikit.

madeeaziz said...

hehe..takda la borong banyak sgt..gi pun sekejap saja..nk minum teh mai lah sini

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats