Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, August 10, 2010

selamat menyambut ramadhan 1431H

nota: gambar rembat kat google
Insyaallah, esok mula puasa. Moga-moga puasa tahun ini lebih baik daripada puasa tahun-tahun sebelumnya.
Bulan ramadhan, bulan penuh dengan keberkatan. Kata ustaz masa tazkirah zohor tadi, dalam Quran, ada di sebut tentang hari raya, tetapi tidak disebut tentang bulan syawal, dalam Quran juga ada disebut tentang haji, tetapi tidak disebut tentang bulan zulhijjah, tapi bila dicerita tentang berpuasa, ada disebut bulan ramadhan, maknanya, bulan ramadhan ni sangat special sehingga disebut puasa dan bulannya sekali, tidak seperti ibadat2 lain.

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.Al-Baqarah 185

Jadi, dalam bulan yang sangat special ini, kata ustaz tu, antara amalan yang patut dibuat adalah
1) solat tarawikh berjemaah
2) tadarrus/baca al-quran
3) sedekah jariah
4) banyak berdoa, sebab doa itu senjata orang mukmin
5) qiyamulaai
6) jaga amalan-amalan wajib

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats