halfmoon restoran nasi arab
Petang tadi lepas balik dari kerja & ambil anak rumah di pengasuh, kami terus ke seri kembangan. Tujuannya nak makan malam nasi arab kat restoran halfmoon.
Aku tau pasal restoran ni pun sebab ada member yg bgtau. Harganya lebih murah berbanding nasi arab di restoran saba', cyberjaya.
Ini kali ke-2 dah kami datang ke sini. Dia punya pekerja semua orang-orang dari sana, cakap melayu tak pandai. Nak order kena speaking lah sikit2. Kebanyakan orang yang makan di restoran tu majoriti orang2 arab. Maybe student yg study kat sini. Malaysia kan ramai student & pelancong dari timur tengah. Kalau hari Jumaat tu, ramai juga orang-orang dia yg datang masjid seri petaling. Macam-macam fesyen & ragam boleh lihat.
Kat restoran ni ada 2 bahagian, tempat yg ada aircond dan tempat yg ada kipas syiling. Kami pilih tempat yg ada aircond lah. Selesa sikit. Kerusi & mejanya besar2. Muat 6 orang satu meja. Untuk mereka yg datang ramai sesuailah duduk tempat macam ni. Tempat yang ada kipas syiling tu, panas sikit. Maklumlah takde aircond. Meja muat 4 orang saja. Masa kali pertama datang, kami duduk kat tempat biasa, takde aircond sebab tak tau lagi.
Kalau nak makan nasi arab ni, sesuai pegi time perut betul-betul lapar sebab nasinya banyak. Pinggan besar. Nasi penuh. Pilih nak makan apa, lamb ada, chicken grill ada, roti ada, kebab ada. Semuanya selera orang arab. Kebetulan masa kami makan tadi, ada juga sorang pelakon veteran Datuk Aziz Singah dan kawannya makan kat situ. Duduk meja bersebelahan pulak tu. Aku rasa datuk ni tinggal kat area serdang sebab aku selalu nampak beliau kat serdang ni.
Lepas makan, kami pun bergerak balik dengan perut yg kenyang sekali penuh dengan nasi arab dan air berkarbonat barbican berperisa raspberry..huhu.
Kalau sapa-sapa bercadang nak ke sana, sila follow google map atau lebih canggih lagi, pakai GPS. Restoran ni dekat south city plaza, depan sikit ada jumpa restoran paparich. Cari jalan SP 2/8. Signboard kedai color hijau ada tulis Restoran Halfmoon. Cubalah rasa. Kalau kena dengan selera anda, boleh datang lagi...I followww..
View Larger Map

0 responds:
Post a Comment