Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, March 03, 2011

tip jual kereta

Pengalaman jual kereta kat mudah.com.my. Bertalu-talu handphone menerima panggilan masuk bertanyakan pasal kereta kelisa yg aku jual tempoh hari. Naik pening juga kepala menjawab panggilan. Maklum le jual murah, ngam2 lepas bayar hutang bank.

Macamana nak jual kereta supaya tidak rugi?

1) call bank tanya berapa kena bayar kalau buat full settlement
2) bila dah tau berapa full settlement, penjual boleh kira berapa rm nak mark up supaya tidak rugi.
3) jangan lupa kira sekali kos lain yg berkaitan seperti tukar nama, puspakom, insuran & road tax.

Sebelum ni kete letak kat used car, trade in punya hal. Sebulan lebih takde buyer. Last2 ambil balik jual sendiri. Lagi lama letak, takut reput pula kete kat situ. Bila bawak rasa lain macam sikit, enjin berkilat tapi gegar lebih drp biasa. Kipas radiator tak jalan. Masa serah kete itu hari, tip top.

Kesimpulannya jangan sesekali trade in kereta jika pihak used car/dealer tak bagi duit pada kita sebab risiko sangat tinggi. Banyak kes penipuan sekarang ni.
Contohnya kes ini .Lebih baik jual sendiri. Hati tenang, kerete selamat.

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats