Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Saturday, March 26, 2011

selsema batuk penyakit biasa

Lepas balik daripada kampung itu hari, kena selesema pula. Dah seminggu belum baik-baik lagi. Bila masuk tempat yang ada aircond, lagi lah teruk sampai tersumbat terus lubang hidung. Nak bernafas kena ikut mulut sampai kering tekak.

Pegi klinik ambil ubat. Lepas telan ubat 2-3 biji ada ok lah sikit. Kena selsema dengan batuk2 sekali. Batuk dah ok lepas makan ubat beli kat kedai cina. Ubat macam gula2 pakai hisap saja. Ada satu hari tertidur dgn ubat masih dlm mulut.
Bila bangun rasa manis2 pun ada, baru teringat ubat ada dlm mulut.

Ulser pun ada juga 2-3 biji dlm mulut nih. Skrg dah beransur baik. Standard seminggu juga baru baik ulser nih. Tak tahan time nak gosok gigi tu. Sakit giler.

Kepala pun berdenyut2. Tambah berdenyut dgn berita2 kosong dan jelek di media sejak akhir2 ini. Apa nak jadi lah politik kat sini. Macam2 hal. Tak habis satu cerita, keluar pula cerita baru. Berita2 yang tak membangun minda.

Berita baru, Kopi Kluang yang tersohor tu khabarnya ada kandungan babi. Aku belum pernah rasa lagi kopi ni. Ingat nak try juga sekali, tapi bila dah keluar berita ni terus tak jadi. Skrg aku minum kopi cap hang tuah plastik warna hijau yang aku beli kat pasaraya 2 bulan lepas. Peket paling kecik. Kadang kadang saja minum kopi sebab tu lambat habis.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats