Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, May 18, 2011

bahasa

Sedang melayari beberapa blog, tiba-tiba terbaca bahawa blog penulis terkenal Faisal Tehrani dah berhenti menulis blog. Entah kenapa beliau dah tak menulis lagi. Aku cuba masuk blog dia, sah dah tak ada. Memang tak boleh masuk langsung. Sebelum blog beliau tutup, kebanyakan coretannya berkisar kepada golongan Syiah. Tuan rumah dah tutup pintu, nak buat macam mana. Takpe lah.

Sedang menemani anak mandi kolam depan rumah, ada 2 orang anak Cina dlm lingkungan umur 7 & 9 tahun juga ada dlm kolam tersebut. Aku perasan budak Cina 2 orang ni bermain & bercakap-cakap dalam bahasa Melayu tanpa bunyi pelat Cina. Tak ada langsung cakap Cina. Wah..kagum juga aku diorang guna bahasa Melayu. Jarang aku tengok situasi macam ni. Mungkin kat rumah diorang pun cakap Melayu juga. Cuma kadang-kadang aku rasa ada orang Melayu yang tak respect bahasa sendiri atau pun tak sedap bila bercakap bahasa Melayu.

Aku pernah tengok ada sorang Melayu ni, kira level tinggi & terpelajar juga lah. Time bercakap-cakap memang ada bahasa melayu campur-campur bahasa orang putih sikit. Tapi time dia marah, 100% keluar bahasa orang putih walaupun orang yang dia marah tu tak berapa nak faham bahasa orang putih yang dia gunakan tu.hahaha..

Mungkin dia ni golongan orang yang sama dengan kes aktres Sharifah Amani beberapa tahun lepas. Katanya "I sound stupid if I speak Malay"...

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats