Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Sunday, May 22, 2011

tanah runtuh, takziah kepada yang terlibat

Takziah diucapkan kepada waris mangsa anak yatim yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di perumahan anak yatim al-Takwa Hulu Langat. Kejadian semalam telah meragut 16 nyawa. Kejadian ini mendapat liputan meluas semua media. Aku tulis blog ni pun berdasarkan laporan media juga.

Bila ada kes-kes macam ni, macam-macam cerita timbul barangkali nak dapat publisiti atau bahan politik atau nak cari salah. Menurut seorang menteri wanita yg glamour, katanya rumah anak yatim ni tak berdaftar dengan JKM dan katanya juga bukan semua anak-anak yang tinggal di situ anak yatim. Sekarang ni kertas siasatan telah dibuka. Nanti sedikit masa lagi tahulah apa keputusannya. Lepas tu, semua pun lupa sampailah ada kes baru timbul..kemudian masing-masing sibuk semula mencari punca & menyiasat. Begitulah sifat manusia, sentiasa mudah lupa.

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya (kesusahan), dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” – Yunus : 12

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats