Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Sunday, June 05, 2011

cuti cuti

Sempena cuti sekolah ini, aku keluar dari kesibukan KL selama 3 hari balik kampung halaman membawa anak-anak balik besut. Bergerak dalam pukul 2 ptg selepas singgah makan tengahari di sg besi. Perjalanan agak lancar melalui mrr2, lebuhraya karak, LPT, laluan jabor-jerangau,sg.tong, setiu dan destinasi besut dengan kelajuan biasa-biasa ikut papan tanda. Berhenti rehat & solat di hentian Temerloh. Selepas selesai, perjalanan diteruskan lagi. Hujan sedikit di sekitar hulu terengganu cukup untuk membasahkan jalan.  Jalan yang tak rata & berlopak-lopak di laluan kampung menjejaskan pemanduan.
Singgah makan malam di kedai makan dekat kuala berang. Masakan tom yam di kedai tu rasanya macam tom yam kiub saja. Ingatkan macam tom yam di sekitar lembah kelang, rupanya tidak. Nasib baik ada keropok keping buat penambah selera sampai 2 kali tambah keropok sambil cicah sos cili kimball. Nasi goreng sedap juga, cuma tom yam yang tak berapa sedap.

Selepas makan, perjalanan diteruskan dan berhenti di esso bandar kuala berang tambah petrol. Selepas itu, non-stop hingga sampai destinasi kira-kira jam 11.30 mlm.

Cuaca di kampung agak panas tanpa hujan. Memang terasa bahang panas sampai ke malam. Utk sejukkan sedikit kepanasan, bawa anak ke pantai. Bila saja nampak air laut, budak-budak jadi seronok nak mandi. Bila sampai di gigi air laut, apa lagi, melompat-lompat sampai basah habis baju seluar. Dah la tak ada baju spare, tuala pun tak bawa. Dengan baju seluar basah, masuk kereta cari masjid berdekatan untuk bilas. Esoknya pula bawa pergi mandi air sungai di lata belatan. Airnya sejuk hingga terketar-ketar badan.

Hari Jumaat sempat juga jalan-jalan  pergi pasar minggu di Kuala Besut. Panas terik, tak lalu nak berjalan bawa budak kecil. Beli sedikit buah-buahan segar pemanis mulut.

Hari Sabtu bertolak balik semula ke KL. Jam 5ptg dari Terengganu selepas membeli keropok dan juga singgah di merchang rumah kakak. Ada kawan suruh singgah rumah dia di chendering tapi tak sempat sebab hari pun dah lewat.Kalau boleh aku nak elakkan memandu malam di laluan sempit antara bukit besi-jabor. Maklumlah, jalan di situ tak berapa cantik. Banyak lopak. Lori pun banyak.
Laluan balik ikut pintasan dungun, bukit besi. 2 kali berhenti rehat & solat. Sampai rumah jam 1230 malam. Isnin ni mula bekerja. Cuti sekolah masih berbaki seminggu. Rasanya ofis masih lengang sebab masih ada yang bercuti panjang sampai minggu buka sekolah bermula.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats