Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, July 08, 2011

amuk di tadika

Semalam kecoh kat Muar pasal ada orang gila tawan budak-budak tadika dan penjaga. Nasib baik lagi, polis cepat bertindak. Khabarnya orang gila tu bawa parang, dan minta pistol dengan polis. Akhirnya setelah sessi perundingan gagal, polis pun mula bertindak melepaskan tembakan dan menyerbu masuk.
Semua tebusan dan penjaga selamat. Orang gila tu pula, cedera parah kena tembak di kepala.
Aku baca surat khabar online saja.

Macam-macam hal sekarang muncul. Banyak orang gila mula berkeliaran di mana-mana. Siapa boleh jangka, hari ini nampak sihat, esok jadi gila. Banyak tekanan perasaan barangkali, mungkin sebab persekitaran ekonomi yang menekan jadi punca, atau pun sejarah keluarga ada yang mempunyai sakit mental.

Layan lagu di bawah.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats