Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, July 14, 2011

rehat di tengah hari

Sedang menjelajah ubuntu 11.04 (nama lain ialah natty narwhal) yang aku run dalam USB stick. Agak susah juga nak membiasakan dengan versi ini sebab grafic user interface (GUI) terbaru ini sangat berbeza daripada versi-versi yang terdahulu.


Sambil-sambil tu mendengar lagu-lagu lagenda rock kumpulan Search kat Youtube menggunakan firefox 4 yang dijalankan pada ubuntu ini. Amy Search ni kalau nyanyi, sedap suara dia, tapi bila aku tengok dia laungkan azan kat TV saluran astro Oasis, tak berapa sedap sangat. Macam mendatar saja suara dia. Kalau mawi azan sedap sikit. Ini pendapat aku saja. Orang lain mungkin lain pendapat.

Ketika ini, di masa yang agak tenang, aku cuba ulang baca buku bertajuk Koleksi Terpilih Shahnon Ahmad. Ini buka lama susunan oleh Prof Mohd Yusof Hasan terbitan DBP tahun 1995. Antara tajuk cerpen yang ada dalam buku tersebut ialah "kawan-kawan dan pangkat, al-syiqaq1, tunggul-tunggul gerigis, srengenge, gelungnya terpokah" dan banyak lagi.




Sebelum tu aku baru habiskan buku beliau bertajuk "Setitis Embun Semarak Api". Setahun juga baru habis baca buku ni. Teknik penceritaan dalam buku tu kurang menarik pada aku. Sebab tu lambat khatam. Kisah-kisah beliau pada masa lalu sehinggalah buku itu di tulis.


Sinopsis buku ini yang aku copy kat website Alaf21

"Buku ini mengisahkan susur galur kehidupan seorang sasterawan negara yang namanya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Penanya tidak akan berhenti selagi nyawa masih dikandung badan. Kisah kehidupan yang sering dipaparkan dalam karya-karyanya, semata-mata untuk mengangkat martabat sastera tinggi di mata masyarakat. 

Autobiografi ini bukan hanya berkisar tentang diri seorang sasterawan saja tetapi juga mewakili diri seorang guru, pendakwah, pengembara, seorang lelaki yang pernah jatuh cinta, penganggur, pelajar, penulis rencana, pengkritik, budayawan, malah seseorang yang cuba mendekatkan diri dengan parti politik berparti."

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats