akhir ramadhan
Tinggal seminggu lagi ramadhan 2011 akan berlabuh. Sepuluh terakhir ramadhan, ramai yang mencari lailatur-qadar. Lalitur-qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Beruntunglah orang-orang yang membuat amal ibadat pada malam tersebut. Mudah-mudahan kita semua termasuk di dalam senarai orang yang mendapat limpahan rahmat malam lailatur-qadar.
Zakat fitrah tahun ini telah pun dibayar, RM7 satu orang. Aku bayar di kaunter zakat yang dibuka di JUSCO Cheras. Ramai juga orang di sana waktu hujung minggu ni. Parking penuh. Dalam pasaraya pun penuh. Masing-masing membeli persediaan untuk berhari raya. Lagu raya dah lama diputarkan di corong-corong radio. Seawal ramadhan lagi, kain rentang hari raya telah dipasang didalam banyak pasarraya besar. Macam inilah setiap saban tahun. Hari raya yang lebih diutamakan berbanding ibadat bulan puasa. Entahlah. Agaknya tradisi di negara kita ni memang begini. Susah juga nak ubah benda yang dah jadi kebiasaan sejak zaman-berzaman.
Aku tak ada selera nak menulis panjang kat sini. Perut ada sikit berkeroncong. Pagi tadi terbabas sampai terdengar azan subuh baru terjaga dari tidur. Terlepas waktu sahur yang berkat. Letih sangat sampai tak dengar bunyi penggera pada handphone. Ini gara-gara pergi downtown lepas tarawih lah. Balik dah lewat malam, tidur pun kurang. Hmm...Kadang aku fikir, orang yang kat downtown ni sahur ke tidak? atau pun sahur sebelum tidur. Waktu dulu-dulu, pernah juga aku amalkan tabiat ni. Makan sahur sebelum tidur lebih kurang jam 12 tgh malam. Lepas tu baru tidur. Aku kira ini tabiat yang tak baik untuk tubuh badan.
Insyaallah, hari selasa depan umat islam Malaysia akan sambut hari kejayaan, hari raya aidilfitri.
Dekat-dekat nak raya ni, mode bekerja pun dah mula berkurang. Lagu raya kedengaran di mana-mana.
Lagu-lagu evergreen masih mendominasi carta. Itu saja untuk kali ini. Kalau ada mode aku tulis lagi.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya yang akan tiba. Kad raya baru sampai. Kad free daripada company. Kepada siapa aku nak bagi. Kalau bagi awal, sempat juga dikirim kepada kenalan. nampaknya, simpan saja buat sampah di meja..haha. Siapa nak kad raya, bagi alamat. Ada 5 keping saja.

0 responds:
Post a Comment