cerita awal ramadhan
Sudah dua hari sejak pagi semalam hari tempat kerja aku bergelap gara-gara berlaku kebakaran pada unit bekalan elektrik utama. Punca kebakaran masih dalam penyiasatan. Pihak vendor sedang bertungkus-lumus membaiki dan dijangka bekalan akan pulih malam ini.
Staff yang kerja di bahagian ini semua berkeliaran di merata-rata tempat dan ada yang menumpang di bangunan lain yang ada punca bekalan elektrik dan juga internet, termasuklah aku yang menulis blog ini.
Boring betul jadi macam ni...Tak tau dah nak buat apa, kena pula bulan puasa. Ujian di bulan Ramadhan yang baru saja bermula.
Power generator yang dipasang sejak dua hari lalu telah pun rosak pagi tadi, gara-gara bekerja keras tanpa henti membekalkan tenaga untuk pasang lampu. Kata pihak yang menjaga generator, masalah overheating kerana kekurangan minyak pelincir. Sampai sekarang masih belum di pasang lagi.
Pasar Ramadhan hari pertama semalam, ramai juga yang ambil kesempatan berniaga. Bulan yang ditunggu oleh peniaga untuk membuat duit banyak. Tahun lepas boleh jumpa lagi orang jual kuih 3 ketul RM1. Tahun ni, belum jumpa lagi. Rata-rata kuih jual 40sen satu biji. 5 ketul RM2, senang kira. Ini akibat harga bahan-bahan mentah dan bahan petrol dinaikkan kerajaan yang memerintah, menyebabkan berlaku kenaikan harga bahan-bahan makanan.
Jam dah memutar ke no 3 lebih. Matahari panas memancar cahaya ke seluruh kawasan liputan, membakar dan memanaskan segala makhluk-makhluk yang ada dalam kawasan pancarannya. Aku duduk dalam bilik berhawa dingin, dengan memakai jaket yang tak berapa tebal, sekadar cukup untuk memanaskan badan yang sejuk. Bahagian tangan dan kaki dibiarkan terdedah kepada udara berhawa dingin yang agak sejuk. Telinga ditutup dengan head phone sambil mendengar alunan lagu-lagu penawar hati Munif Ahmad dan sesekali diselitkan dengan suara Maher Zain. Menguap beberapa kali tanda mengantuk, kalau ada bantal boleh buatkan aku terlena.
Keadaan meja yang kosong tanpa ada apa-apa, kecuali sebuah komputer hak milik syarikat, handphone buatan China di sebelah yang sentiasa dalam mode bersedia. Yang masih ada di sini, masing-masing dengan hal sendiri. Senyap sunyi di dalam ruangan kecil yang dibatasi oleh partition yang sama tinggi dengan bahu.
Di hujung sana kedengaran suara orang-orang perempuan yang entah apa butir cerita, sejak tadi nada tone tinggi turun naik bersembang. Entah pasal kerja atau gosip semasa. Dengar tak dengar sebab telinga aku separuh ditutup oleh head phone jenama sonic gear yang telah dipotong pendek wayarnya.
Pintu pula kedengaran ditutup dan dibuka, tapi orangnya tidak kelihatan kerana pandangan aku terlindung disebalik partition ini. Bunyi kerusi berkerenyuk kedengaran, menandakan ada pergerakan orang-orang yang duduk di situ. Sunyi sungguh duduk di wilayah yang dipinjam ini. Harap-harap esok keadaan akan pulih seperti sedia kala. Tak sabar rasanya nak hidupkan kembali machine yang telah ditutup sejak dua hari lepas, harap tak ada sebarang masalah lain yang timbul.

0 responds:
Post a Comment