kisah rokok
Bila aku baca berita di utusan online tadi pasal Raja Muda Perlis nasihat suruh henti perbuatan suruh anak beli rokok, teringat aku masa dulu ketika zaman kanak-kanak.
Selalu juga aku disuruh oleh pak cik aku beli rokok di kedai. Bukan pergi beli saja, mesti ada upah di beri. 10 sen, 20 sen macam tu lah buat beli gula-gula. Masa tu, nilai 10 sen sangat besar bagi seorang budak..hehe.
Rokok yang selalu di suruh beli adalah rokok "besen". Masa tu aku tak tau apa benda rokok "besen" tu. Pergi kedai, cakap nak beli rokok "besen", tuan kedai bagi satu kotak. Lama kelamaan baru aku tahu nama standardnya adalah rokok benson & hedges. Inilah rokok kegemaran pak cik aku ketika itu.
Aku google, jumpa gambar rokok ni.
Masa itu, walaupun selalu aku beli rokok, tapi belum pernah terlintas lagi nak mencuba. Lagi pun, rokok jenis begini agak pelik bagi budak-budak macam aku. Tapi, kalau rokok daun, biasa juga aku try hisap masa tu. Hisap rokok daun tanpa letak tembakau dengan sepupu-sepupu dekat. Daun semata-mata. Orang tua-tua ketika itu tidak larang sangat kalau hisap rokok daun, tapi kalau rokok "sigret" pantang sekali. Entahlah sebab apa. Padahal kalau di kira, rokok daun lagi bahaya kalau dibandingkan dengan rokok "sigret". Mungkin pada pandangan orang-orang tua, rokok begini percuma manakala rokok "sigret" rokok mahal.
Lama-kelamaan, bila umur meningkat ke zaman remaja, faktor persekitaran dan kawan-kawan banyak mendorong ke arah menjadi perokok. Bila duduk ramai-ramai di asrama, ada kawan kaki rokok mula membahagi-bahagi rokok, ada juga aku try sekali dua. Saja ambil hati kawan-kawan supaya dapat masuk line. Tapi mungkin sebab keluarga aku bukan keluarga perokok, jadi sifat ingin merokok tu tak berapa nak lekat dalam diri aku. Yang aku ingat, last sekali aku hisap rokok masa tinggal di asrama 20 tahun lalu.
Itu pun kawan-kawan yang bagi, satu puntung rokok share ramai-ramai...hahaha..gila ahhh masa tu.
Aku bersyukur kerana tidak menjadi seorang perokok tegar seperti kebanyakan orang. Ramai kawan-kawan aku perokok, cuba untuk berhenti selepas beberapa lama menjadi penagih rokok. Ada yang berjaya, tapi ramai juga yang berjaya sekejap, tapi lama-lama merokok semula. Kadang-kadang ada juga beritahu nak berhenti, tapi tak juga berhenti. Agaknya ada sesuatu yang menghalang daripada mereka berhenti atau sekadar berazam saja nak berhenti tapi tidak buat apa-apa.
Aku tak berapa tahu sangat kat pasaran sekarang ini ada berapa jenis rokok, tapi yang ada dalam pengetahuan aku ada 2-3 jenis yang famous. Dunhill, Salem, gudang-garam. Harga makin lama makin mahal. Tapi disebabkan pengaruh rokok sangat kuat, orang yang merokok masih tak kisah. Beli tetap beli, hisap tetap hisap walaupun macam-macam cara dibuat oleh kerajaan. Dulu ditulis label "amaran oleh kerajaan malaysia, merokok membahayakan kesihatan". Kemudian, diletak pula gambar kesan akibat rokok. Tapi orang masih tak kisah. Tok Guru Nik Aziz kata, orang hisap rokok bodoh macam lembu..hehehe. Ada kawan aku terasa juga. tapi masih hisap rokok juga. Apa nak buat, pengaruh rokok sudah sebati dalam diri. Sebati dengan darah & daging.
Mudah-mudahan, seluruh ahli keluargaku tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang merokok kerana rokok bahaya kepada kesihatan diri dan merokok adalah perbuatan yang sia-sia dan boleh melemahkan orang-orang Islam.
6 responds:
Aminnn.... harap mcm tu la... doakan aku...
Aminnn.... harap mcm tu la... doakan aku...
Kepada kilang membuat daun rokok....sye ade idea untuk memajukan daun rokok ini...sye dpt idea untuk menghalus kn daun rokok itu seperti kertas
haha..kat mana kilang daun rokok ni...tak penah jumpa pulak
Apa hukum isap rokok daun tanpa tembakau
Kawan aku ada yg brjaya brhenti.. brhenti beli la hisap rokok pau kawan2🤣
Post a Comment