Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Saturday, February 04, 2012

tabung haji

Semalam aku ke tabung haji kelana jaya, sebab minggu lepas ketika nak buka akaun anak yang no. 1 di bank rakyat tidak berjaya. Kata staff bank rakyat, mungkin akaun dah di buka sebelum ni. Yang aku hairan, sepanjang pengetahuan aku, belum pernah lagi aku buka akaun TH untuk anak-anak. Aku ingat mungkin ada kesilapan di tabung haji. Pihak bank rakyat syorkan supaya pergi terus ke TH untuk pastikan perkara ini.

Semalam bila jumpa pegawai di tabung haji, baru aku tahu punca kenapa akaun tidak boleh di buka.
Rupanya, hujung tahun lepas, pihak sekolah agama tempat anak aku belajar tu sudah membuka akaun untuk semua pelajar dengan bayaran RM2 sumbangan daripada pihak tertentu. Bila tanya anak aku tentang hal ini, katanya tak tahu. Pihak sekolah juga tak ada pula memaklumkan kepada ibu-bapa.

Semasa di TH, sempat aku bertanya pegawai TH kos untuk buat haji. Katanya tahun ini belum pasti lagi, tapi kalau ikut rate tahun lepas lebih kurang RM9800. Sekarang ini ada kemudahan untuk mendaftar haji menggunakan dana KSWP. Berita berkaitan hal ini boleh dilihat di laman web kwsp . Aku juga bertanya, kalau daftar, bila giliran dapat pergi haji. Katanya kalau ikut situasi sekarang ini, lagi 33 tahun baru boleh pergi haji. Terkejut beruk sekejap... Lamanya...33 tahun lagi!! Lepas tu di sambung, katanya boleh buat rayuan untuk pergi awal. Tak apa lah..aku sekadar bertanya saja untuk dapatkan maklumat.

Kalau ikutkan dividen tabung haji, tak adalah banyak sangat, lebih kurang dividen asb saja. Data di bawah ni aku copy daripada laman beritasemasa.com.

Rekod Pengumuman & Pembayaran Dividen Tabung Haji (1994-2011)

Kadar Dividen Tabung Haji (%)
  • 1994 – 9.5
  • 1995 – 9.5
  • 1996 – 9.5
  • 1997  - 9.5
  • 1998 – 8.0
  • 1999 – 8.0
  • 2000 – 5.5
  • 2001 – 3.25
  • 2002 – 3.5
  • 2003 – 4.0
  • 2004 – 4.3
  • 2005 – 4.5
  • 2006 – 4.75
  • 2007 – 5.0 + 2.0 bonus
  • 2008 – 5.0
  • 2009 – 5.0
  • 2010 – 5.5
  • 2011 – 6.0

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats