Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, March 29, 2012

bangsa Melayu, orang Islam

Suatu hari beberapa bulan lepas, aku ke bank rakyat sebab ada sedikit urusan perbankan. Kebetulan orang tak berapa ramai sangat sebab masa tu bank baru buka pintu. Ada 2-3 orang di depan nombor giliran aku.
Di sebelah kiri aku ada 2 beranak yang juga sedang menunggu. Barangkali menunggu nombor giliran dipanggil.

2 beranak ni perempuan. Mak dia aku agak dalam lingkungan umur 40an. Free hair a.k.a tidak bertudung. Rambut potong pendek. Pakai seluar jean yang biasa-biasa saja. Kalau tengok muka memang confirm muka Melayu. Anak dia pula aku agak dalam umur 9-10 tahun. Rambut panjang sikit dan berikat. Juga pakai seluar jean.

Ceritanya begini. Sedang aku menunggu nombor giliran aku sampai, tiba-tiba pegawai bank tu memanggil nama perempuan tu. Aku tak berapa dengar sangat nama yang di sebut oleh pegawai bank tu. Perempuan tu dan anaknya kemudian menuju ke kaunter dan berjumpa pegawai bank tersebut.

Oleh kerana jarak aku dengan kaunter tu dekat, aku boleh dengar perbualan antara pegawai bank dengan perempuan tersebut. Pegawai bank tu menunjukkan borang yang dipegangnya kepada perempuan tersebut sambil memberitahu, "Kak, salah ni, bahagian ni sepatutnya tulis agama Islam, nanti tulis semula ye". Kata pegawai bank tu. Tiba-tiba perempuan ni berkata, "Betul dah tu, saya bukan orang Islam".

Pegawai bank kemudian pandang perempuan tu dan mengambil semula borang tersebut tanpa berkata apa-apa. Aku pun sedikit terkejut dalam diam. Mati-mati aku ingat perempuan ni dan anaknya orang Islam sebab gaya percakapan bunyi macam Melayu, cara berpakaian pun macam kebanyakan orang Melayu berpakaian. Iyalah, di Malaysia ni, kalau orang Melayu rata-ratanya memang agamanya Islam. Melayu dan Islam memang tak boleh dipisahkan.

Kesimpulan yang aku boleh buat dalam hal ini, jangan terus buat andaian jika kita tidak tahu dan jangan anggap orang yang berwajah Melayu itu, secara automatik beragama Islam kerana banyak orang yang mengaku Melayu Islam tetapi ideologi dan cara hidup bukan seperti ajaran agama Islam. Taksub dengan bangsa memang tidak dilarang, tetapi harus diingat, agama itu lebih penting dari bangsa itu sendiri.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats