Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, May 31, 2012

baca buku.

Buku Jerry D. Gray sudah habis baca. Apa yang aku faham, memang agenda yahudi zionis berjaya menyusup masuk ke minda ramai umat manusia sejak dahulu hinggalah sekarang tanpa disedari. Tak ramai orang macam Jerry D. Gray yang sanggup melepaskan kerakyatan beliau semata-mata kerana benci dan malu dengan kerajaan Amerika yang dikawal oleh golongan zionis.

Sekarang ini aku mula baca buku Memoir Tun Mahathir. Cuba menyelami pemikiran bekas PM yang banyak berjasa kepada pembangunan Malaysia moden. Baca buku versi terjemahan Bahasa Melayu. Tebal juga buku ni. Di bahagian tengah, ada disertakan koleksi gambar-gambar beliau. Kata Tun, zaman remaja beliau, pengaruh british ke atas Tanah Melayu sangat kuat sehinggakan beliau sendiri menjadi seorang yang pro-british. Sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk menderma kepada orang British bagi menyokong peperangan.

Lama kelamaan, beliau sedar bahawa orang British hanya ingin mengaut keuntungan sahaja tanpa mempedulikan nasib peribumi Tanah Melayu.

Muslihat British pada ketika itu sungguh licik sehingga banyak kuasa raja tergadai. Dibawa masuk pendatang dari Cina & India bagi memenuhi sektor industri dan perladangan, manakala orang Melayu dibiarkan kekal di sektor pertanian di pendalaman. Kesian sungguh bangsa Melayu pada ketika itu. Sampai sekarang bangsa Melayu masih banyak ketinggalan dari segi ekonomi akibat daripada dasar penjajah British.

Itulah Tun Mahatir kata, sampai sekarang beliau tidak akan lupa peristiwa ini. Bila aku baca kisah ini, teringat akan buku Jerry D. Gray berkenaan agenda Freemason dan pemuja syaitan yang akan menyesatkan seluruh manusia melalui propaganda dan konspirasi yang sangat licik.

"Hakikatnya, kebencian saya terhadap British dan penjajahan mereka adalah kerana mengenangkan kembali apa yang berlaku pada masa lampau. Jika tidak kerana rancangan Malayan Union yang akan menyebabkan orang Melayu hilang hak ke atas tanah airnya, saya mungkin terus menjadi seorang yang pro-British. Perjuangan menentang Malayan Union mendorong saya menoleh ke belakang, ke zaman penjajahan dan saya nampak apa yang saya tidak sukai. Ini menyebabkan saya berasa terhina dan membawa kepada pemberontakan mental dan emosi saya terhadap British. Sejak itu jugalah perjuangan memerdekan minda dan jiwa saya bermula."



0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats