Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, June 15, 2012

stesen minyak pilihan

Esso adalah stesen minyak pilihan aku sejak pakai kereta. Jarang aku beralih ke stesen lain, kecuali jika tiada pilihan lain. Pilihan yang kedua adalah Shell diikuti dengan Caltex, BHP dan Petronas. Pada awal-awal memiliki kenderaan bermotor, aku tak kisah sangat pasal petrol mana nak isi, asalkan kenderaan boleh bergerak, sudah cukup bagi aku. Kenapa aku pilih Esso?

Bila memiliki kereta dan mengisi pelbagai petrol, lama-kelamaan aku dapat rasakan kelainan setiap kali mengisi minyak yang berlainan. Mula aku bertukar ke Esso selepas dapat kesan kelainan yang ketara selepas menggunakan minyak Petronas dan Esso. Aku tak tahu sama ada faktor enjin mempengaruhi atau tidak sebab pada ketika itu aku pakai kereta Proton Wira manual keluaran tahun 1997. Bila isi Petronas, enjin bunyi lain daripada biasa, bunyi kasar dan kuat. Kemudian bila beralih kepada Esso (dulu Mobil), bunyi enjin lebih senyap. Sejak daripada itulah aku berhijrah ke stesen Esso/Mobil.

Faktor kedua aku setia kepada Esso ada disebabkan mata ganjaran yang diberikan setiap kali menggunakan kad Smiles. Yang paling aku suka, mata ganjarannya boleh ditebus untuk mengisi petrol, disamping pelbagai barangan lain yang ditawarkan termasuk pembelian dalam kedai On The Run Esso.

Beberapa hari lepas, aku terlihat beberapa stesen Esso dalam proses pembaikan. Mulanya aku ingat ianya sekadar renovation biasa, tapi bila perasan signboard Esso dah hilang, aku mula rasa curiga. Adakah Esso akan ditutup berikutan pemilikan Esso Malaysia dijual kepada syarikat Filipina, San Miguel Corp, dengan pemilikan 65% pegangan kepentingan ExxonMobil. Bila diselidiki, memang sah perkara ini. Patutlah sebelum ini kecoh berita stesen minyak Esso terputus bekalan sehinggakan ada pengusaha yang menutup operasi.

Petron

Aku tak pasti, sama ada kad Smile boleh pakai lagi atau tidak di stesen Petron ni. Atau ada kad ganjaran lain yang akan diperkenalkan. Harapnya tiada pertukaran sebab banyak juga point yang dah aku kumpul.

Masing-masing ada pilihan sendiri dengan sebab-sebab sendiri. Ketika ini, aku masih lagi selesa menggunakan Esso, tambahan pula stesen Esso ada banyak di kawasan laluan aku. Walaupun begitu, stesen Petronas aku tidak lupa kerana setiap dua hari aku akan mengunjungi Petronas untuk mengisi gas asli untuk mengerakkan enjin magma 12 valve aku ini.


0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats