AirAsia ada hantu??
Hahh...dalam pesawat AirAsia ada hantu ??
Baru-baru ni ada kes seorang kakitangan pesawat tersebut telah terjun daripada pesawat. Menurut laporan akhbar, kononnya mangsa telah ternampak kelibat makhluk aneh dan hitam di dalam pesawat semasa pesawat mula berlepas. Mangsa meminta kebenaran untuk turun dari pesawat kerana bimbang sesuatu kejadian buruk akan berlaku, tetapi permintaannya tidak dipenuhi oleh pramugari bertugas, lantas mangsa mengambil tindakan "gila" dengan membuka pintu kecemasan dan terjun.
Beritanya di sini
Hantu aka makhluk ghaib kat mana-mana pun ada. Sebelum ni kat tempat kerja aku pun ada staff pernah ternampak kelibat makhluk hitam menonjolkan diri. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, pihak pengurusan telah mengambil inisiatif dengan membuat majlis bacaan Yassin bagi tujuan menghindari makhluk-makhluk halus yang mengganggu.
Kemuncaknya, pihak pengurusan telah memanggil penghalau hantu dan telah membuat pagar disekeliling kawasan yang disyaki menjadi tempat tinggal makluk tersebut. Dengar cerita, satu bas telah digunakan untuk mengangkut makhluk tersebut untuk dibawa keluar.
Sejak itu, tiada lagi kedengaran gangguan makhluk aneh yang dilaporkan. Namun begitu, kadang-kadang ada juga rasa meremang bulu tengkuk bila berseorangan di kawasan sub fab terutamanya di tengah malam. Sebab itu ramai yang tidak berani turun bekerja seorang diri bila ada machine down. Bukan apa, takut nanti tengah tekun buat kerja, tiba-tiba ada makhluk aneh di sebelah. Mau pengsan dibuatnya.
Sebab itu dalam kitab suci Al-Quran ada surah yang di baca untuk mohon perlindungan Allah daripada makhluk yang ghaib. Bacalah surah 3 Qul, dengan izin Allah, kita akan dipelihara daripada gangguan makhluk ghaib ini.

0 responds:
Post a Comment