zakat fitrah 2012
Salam Ramadhan yang menghampiri penamat. Tinggal seminggu lebih saja lagi sebelum Syawal menjelma. Selesai solat Jumaat di masjid Al-Munir tadi, ternampak kaunter zakat fitrah di buka. Kelihatan 2 barisan orang sedang beratur. Satu barisan ada dalam 5 orang.
Kebetulan dalam dompet ada duit, jadi aku pun masuk dalam barisan, tujuan nak bayar zakat fitrah. Nak tunggu bayar saat-saat akhir Ramadan, takut "jem" pulak kat kaunter zakat. Di negeri Selangor ini, zakat fitrah untuk satu orang adalah RM7.
Sampai giliran aku, terus aku bagitau pak imam yang jadi amil zakat, "5 orang". "35 ringgit" kata pak imam. Kemudian bersalam dengan pak imam sambil pegang duit, dan baca teks yang telah disediakan. "Ini wang zakat fitrah bagi menggantikan beras yang wajib ke atas diri ku dan tanggungan ku sebanyak 35 ringgit kerana Allah Taala." Imam kemudian baca sedikit doa. Selesai sudah rukun Islam yang ke-4 yang wajib dibayar setiap tahun.
10 malam terakhir Ramadan, ada lailatulqadar. Apa itu malam lailaturqadar? Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Malam itu malaikat-malaikat turun untuk mengatur segala urusan.
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya [Al Qur’an] pada malam kemuliaan [1]. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu [penuh] kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al-Qadr)

0 responds:
Post a Comment