Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, May 03, 2013

PRU13

Tinggal 2 hari saja lagi Pilihan Raya Umum ke-13 aka PRU13 akan bermula. Khabarnya PRU kali ini akan menentukan sama ada pakatan rakyat (PR) yang akan ambil alih pentadbiran negara atau kekal kepada barisan nasional (BN).

Dari segi kempen undi, nampaknya BN mempunyai kelebihan dengan menggunakan seluruh jentera kerajaan dan juga media mainstream terus-menerus berkempen. Buka youtube pun, ada juga kempen undi BN. Tak dinafikan lagi kerajaan BN mempunyai duit yang banyak walaupun kadar hutang negara terus meningkat setiap tahun. Banyak hutang tak kisah lah, asalkan jangan membebankan rakyat di bawah (walaupun aku ni dah rasa terbeban dengan cukai pendapatan yang tinggi).

Bagi pihak PR pula, internet menjadi medium kempen sebab, tidak banyak saluran yang boleh digunakan. Oleh sebab itu, kebanyakan orang-orang di bandar dan anak-anak muda banyak yang menyokong PR kerana banyak sumber berita yang telus dan boleh didapati daripada internet, berbanding TV dan radio.

5 Mei 2013, hari penentuan yang ditunggu-tunggu. Saingan sengit, ada 2 penjuru, 3 penjuru, 4 penjuru....Parti bebas makin banyak, parti cap kunci, cap sampan, cap tangan semua ada.

Bendera parti dacing, parti bulan, parti roket, parti mata berkibaran di sana-sini. Ada yang besar, ada yang kecil. Ada yang jatuh dilenyek tayar kereta, ada yang dipijak, ada yang dikoyak. Ada poster yang tumbang, tiada wakil parti yang peduli. Janji, lepas pasang bendera, dapat duit kopi.

Gula-gula pilihan raya di tabur di merata-rata. Siapa yang terleka, 5 tahun tanggung akibatnya.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats