Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, December 20, 2016

cara mudah tutup astro

Hari ni saya nak share bagaimana nak tutup perkhidmatan ASTRO..

Mudah saja caranya, sebab semalam saya baru tutup akaun dengan ASTRO..

Saya tutup sebab dah bertukar ke unifi...ASTRO ni sebenarnya dah lama saya langgan...

Kontrak pun dah lama habis....Jadi, daripada bayar saja bulan-bulan, tapi jarang tengok tv, baik saya tutup terus..



Ok, begini caranya nak tutup akaun ASTRO...Hanya telefon saja ke perkhidmatan pelanggan.

Mula-mula tu mesin jawab telefon yang jawab...Ikut saja arahan...

Sebelum call tu, sila pastikan nombor Akaun ASTRO ada di depan anda sebab nanti masa call, kena masukkan nombor akaun tu.


Step 1: Telefon ASTRO Service Center 03-9543 3838.
Step 2: Pilih Bahasa
Step 3: Sila masukkan nombor akaun astro 10 digit.
Step 4: Pilih untuk bercakap dengan pegawai perkhidmatan pelanggan.
Pegawai ni akan check dulu status akaun anda tu, sama ada masih dalam kontrak atau tidak. Berapa bayaran bil yang belum dibayar atau apa-apa saja yg berkaitan.
Lepas tu dia akan tanya kenapa nak tutup? Masa ni pandai-pandai lah bagi alasan. Jangan pula terpedaya dengan offer yang menarik...kadang dia offer full channel free...hehe
Macam saya semalam, saya beritahu direct straight to the point. Saya nak tutup sebab dah pasang UNIFI. Lagi pun saya jarang tengok TV. Jadi dia pun faham.
Tapi pegawai tu offer juga, katanya dia akan buka full channel selama 6 bulan dengan hanya bayar RM40 saja. Saya cakap tak apa lah...Tak berminat...Dia pun faham..hehe...Mudah cerita..
Barang-barang ASTRO seperti decoder, smart kad, piring astro semua tak perlu dipulangkan, kecuali ada orang ASTRO minta dipulangkan.
Dia suruh simpan saja, mana tau kot-kot nak pasang balik, boleh guna alat-alat yang sedia ada..
Itu saja prosedur nak tutup ASTRO anda....

Senang...tak macam dulu orang cakap susah...

17 responds:

yun said...

tq for imformation

Unknown said...

xdpt pn bercakap gn operator huhu

Unknown said...

Ntah 🙄

Unknown said...

astro cas 20 ringgit kes skli ja lewat bayar dlm 3 hari .. butoh astro lancau

hasni said...

sis..kalo kte terminated tp one day kite nk pkai balik..boleh ke?? nme kite still ke

hasni said...

sy pn penah kne..annoying btl

Unknown said...

Leceh astro ni..nak ttup astro pon..Kene ada soalan klau soalan xdpt nk jwap..Kene antar email leceh..padahal sy pemegang akaun

Unknown said...

Saya nak Tutup akaun Astro

Anonymous said...

Klau nak trminate astro, mesti si penama akaun ka jga?..

Unknown said...

Mcm mn nk ckp dgn pegawai klu y bercakap asik mesin jek

Unknown said...

Sy dh kne bln lepas 😒😒

Unknown said...

Ya saya pun rasa nak tutup akaun sebab anak2 semua tak tengok ..masing2 dah kerja..x da masa..

Unknown said...

Ye saya pn nak terminate acc astro.sakit hati lwt bayar 3 hari dh cut line pastu cas rm20 lbh tmasuk tax..baru skjp saya call suruh diorg smbung line & akn byr esok yg 20 rengget tu.nk tahu apa diorg tu ckp...katanya bayar dulu baru sambung.heee tensionnya!!!!!

HAMIDIsP said...

Saya pun nak tutup dah. Dari RM39 sampai la sekarang RM199. gILER.

Anonymous said...

ada tunggakkan boleh ke kita tutup akaun terus

Unknown said...

Kalu astro tu problem tengah tengok tiba tiba padam lps tu keluar gambar antena macam mana nak buat

Asyiq88 said...

Macam mane nk stop decorder pertama astro..sy ade 2 multiroom..nk stop decorder pertama.

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats