Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, June 02, 2017

Kisah Bulan Puasa Menjelang Raya

gambar hiasan saja..

Puasa ke 7
Bila isteri kau ajak cari baju raya anak anak, maknanya dia memang betul betul fokus untuk cari baju raya anak anak.
"Abang rasa kat mana kita nak beli baju budak budak tu?, Jusco pun banyak je, Tesco pun ok. Alahhh saya tengok dekat kedai Ekonomi tu pun banyak baju budak budak yang cantik, murah pulak tu. Ikut abang lah kat mana nak pergi?"
Kau para lelaki, taubat lahum tak ada jawapan tepat untuk tentukan lokasi ni, sebabnya kau memang tak peduli dan tak kisah. Tesco, Jusco, kedai Ekonomi, SOGO, Giant, Parkson, semuanya sama tak ada beza. Baju raya ni nama je baju raya, walhal dia cuma baju, jadi beli kat mana pun asalkan yang kau beli tu baju dan seluar, itu lah namanya baju raya.
Tapi kau kena tenang, kau kena tunjuk sikit minat tu. Jawablah dengan firm;
"Abang dah plan nak beli dekat xxxx, situ kawan abang cakap baju budak budak cantik, harga pun ok!"
Isteri kau pun senyum, dan next question is;
"Bila kita boleh pergi?"
Seterusnya kau set date, dan pergi tempat yang dah decide tu. Habiskan masa sekurang kurangnya separuh hari untuk selesaikan beli baju budak budak. Setel.
Masa perjalanan balik rumah, dalam kereta isteri kau akan ulang balik apa baju seluar anak yang dah dibeli, pakai untuk hari raya ke berapa, dan pergi mana. Kau akan dengar dan just hangguk, jangan cuba nak melawan.
Kemudian, isteri kau akan beritahu kau macam ni;
"Baju budak budak dah selesai, tinggal nak cari baju raya saya je lagi, dengan tudung. Tahun ni saya nak pakai yang simple je. Saya ingat nak cari dekat xxxxx tu je, senang, banyak boleh pilih."
Kau para suami, jangan buat bodo je bila isteri kau bercakap hal beli baju raya dia. Kau kena tanya;
"Emm, bila plan awak nak setelkan baju raya awak tu?"
Yes. Isteri kau akan senyum sampai telinga. Kemudian dia passing balik bola;
"Bila abang free? Ahad depan ok? Ahad depan lah ya"
**
Puasa ke 15
Pada hari Ahad yang telah ditetapkan, jatuh pada puasa yang ke-15, sekali lagi kau dengan isteri dan anak anak pergi memberi sokongan untuk beli baju raya isteri.
3 deret bangunan kedai, 1 shopping Mall dan seround pusing Jalan TAR. Selesai!
Hari Ahad sudah habis.
Masa perjalanan balik, dalam kereta, isteri kau akan beritahu;
"Saya dah beli baju kurung, warna xxxx. Sama macam warna baju anak (anak anak) yang kita beli minggu lepas. Tapi tension lah, tudung yang warna tu yang jenis saya nak tu boleh pulak tak ada. Yang ada semuanya jenis xxxx, warna pulak yyyy. Tak cantik, saya tak beli la"
Ya tuan tuan. 3 deret bangunan kedai, 1 shopping mall, seround Jalan TAR, 6 jam masa diperlukan, sehelai tudung yang dia hendak tu tak ada tuan tuan.
Tak ada!
Para suami, dalam situasi ni kau kena terus bertenang. Kau buat rileks je tunggu ayat isteri kau yang seterusnya;
"Kita tengok kejap kat PKNS nanti boleh tak bang?, kat situ rasanya ada sebab kak Yanti hari tu beli kat sana. Haa boleh beli baju raya abang sekali!"
Masa ni otak kau akan memproses statement isteri kau. Kau akan cakap dalam hati;
"Kalau dah tahu memang ada di PKNS, apa kejadahnya kita datang sini habiskan tenaga tawaf 3 deret bangunan, 1 shopping mall dan seround Jalan TAR?"
Pastikan persoalan tu wujud dalam hati je tuan tuan. Ayat yang mesti isteri tuan tuan dengar begini;
"Ni dah tak sempat, nak berbuka puasa dah. Kita balik dulu rehat ye. Nanti bila free kita lari lah kejap ke PKNS setelkan tudung awak tu. Saya punya baju raya takde hal, apa apa pun tak apa".
Isteri kau pun tenang bila dengar macam tu.
**
Puasa ke 17
Lusa petang balik kerja kau pergi dapur.
MasyaAllah ada 3-4 beg plastik besar besar yang dalam setiap satunya ada 6-7 balang kuih raya pelbagai jenama.
Kau pun cakap, "Banyaknya kuih raya ni?"
Isteri kau pulak dengan penuh persediaan di dada akan explain, kuih ni beli dari akak opis, kuih tu beli dari kawan, kuih ni lagi beli dari kawan pada kawan, kuih tu pulak beli masa pergi kedai tengok macam sedap jadi beli aje lah.
Dia tambah lagi,
"Semua sekali rmxxx, saya dah bayarkan nanti abang ganti duit saya balik ye?"
Masa ni kau kena senyum. Kau cuba provoke dengan soalan;
"Tapi macam banyak je ni?"
Tuan tuan, dalam diari kuih hari raya kita, cuma ada tat jem nenas, semprit, almond london dan batang buruk je kan?. Selebihnya kita tak ambil peduli. Tapi orang perempuan lain, semua jenis serba maneka kuih pelik pelik dan up to date mereka mahir tuan tuan. Jangan pandang rendah hal macam tu.
Kita ingat kita dah terer sebab kita argue isteri beli kuih raya banyak banyak? Belum terer lagi. Isteri kita akan jawab begini;
"Yang tu nak bagi mak, yang tu nak bagi kakak, yang tu nak bagi mak long dia suka, yang tu pulak nak bagi mak usu. Tak banyak lah bang. Nanti abang bayar balik ya? Hehe"
Check mate. Tugas kau hangguk aje.
**
Puasa ke 23.
Pergi PKNS pulak. Tudung pun dapat, baju raya kau pun dapat, which jangan sesekali kau cakap kau nak setelkan baju raya sendiri. Ingat, penting ni.
Sebabnya, the moment kau cakap baju raya kau, kau nak setelkan sendiri sendiri, isteri kau akan rasa insecure. Dia dah plan semuanya in order, warna, tema, konsep. Alih alih kau nak setelkan sendiri?
No way brader.
Jalan paling selamat kau patuh aje lah dengan perancangan raya isteri kau, dan terima lah nasib baju raya kau seadanya. Simple.
Ok, sekarang semua dah selesai. Lega.
**
Puasa ke-25.
Lepas habis terawikh isteri kau hidangkan air panas.
Steady je dia bgtau kau;
"Bang...kita lupa satu benda".
Kau baru nak hirup air, stop kejap.
"Lupa apa tu?" - kau tanya balik.
"Kita lupa beli kerepek kerepek, kacang kacang"
Kau rileks. Kau minum air tu dulu.
"Ok nanti kita pergi cari!"
**
Puasa ke 27.
Lepas dah setel hal kerepek dan kacang, isteri kau akan cakap;
"Raya ni saya nak masak ni, ni dan ni. Abang belikan semua bahan bahan ye. Barang basah pun beli semua siap siap, nanti raya kedai tutup payah. Orang datang beraya takkan nak jamu kuih dengan kerepek je, kita masak la sikit mee bihun benda simple simple"
Kau pun start enjin kereta. Pergi mini market. Simple.
**
Sehari sebelum raya.
Kau tengah tenang ready mood nak balik kampung. Isteri kau kat dapur pulak proses kuih, kerepek, kemas peti ais semua.
Bersedia ni raya ke-3 nanti lepas balik kampung nak kisah hal rumah sendiri pulak sedara mara kawan kawan nak datang beraya.
Tiba tiba isteri kau berlari ke arah kau cemas!
"Bang...masalah ni!"
Kau pun jadi cemas, "masalah apa pulak?"
"Bekas letak kuih kita ada yang 6 compartment je ni. Tak cukup.
Macam mana bang?"
Allahuu!
*******
Para suami, stay cool dan bersabar lah. Isteri buat semua tu untuk keluarga kita juga. Persediaan yang macam macam ragam tu, untuk naikkan rasa seronok dan meriahnya hari raya. Kita lelaki jangan cepat melenting. Rileks dan layan kan je.
Sebab kita tahu, isteri kita ni, yang dia beli baju lawa lawa dengan tudung rare yang punya la susah nak mampus mencari tu, penyudahnya akan berakhir tayang di dapur.
Para isteri lah yang akan sibuk readykan itu ini kat dapur, masak itu ini, berkemas itu ini, tolong mak, tolong mak mertua (harapnya kau bukan menantu yang jenis sibuk tengok anak merangkak 24 jam kat dalam bilik ya😅) demi merealisasikan sambutan hari raya.
Jadi, raikan mereka.
Kita yang lelaki ni, hari raya kita mesti steady layan tetamu bersembang di ruang tamu. Setel.

Kredit Penulis : Fdaus Ahmad

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats