Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Monday, December 10, 2018

Tukar Hose Radiator dan Hose Water Pump Alza

Hi all,

Kali ni saya nak share masalah kereta perodua Alza (auto) keluaran tahun 2012.
Mungkin masalah ni biasa terjadi pada semua model kereta yang dah agak berusia tak kira apa jenis kereta....agak je ni...(mungkin kereta korang takde masalah macam ni...haha)

Apa masalah kereta Alza ni? Sebenarnya bukan masalah besar pun, walaupun bukan masalah besar pada kereta ni, tapi kalau dibiarkan, mungkin akan berisiko jika tidak dibaiki segera.

Baru-baru ni, masa buka bonet enjin, saya nampak ada sesuatu yang agak pelik pada hose radiator Alza ni. Nak kata karat, bukan macam karat. tapi macam kesan air, kering, warna agak hijau/kebiruan keluar kat celah-celah sambungan hose. (info-warna air tangki radiator agak kebiruan, sebelum ni warna merah.)


Aku syak ada kebocoran pada hose ni (hose yang pendek tu).

Sebelum tukar hose ni, pastikan enjin dalam keadaan sejuk beku...hahaha..Lepas tu buang semua air lama dalam radiator, buang sekali air dalam reservoir tank sebab nak ganti air + coolant baru.
Cara senang buang air daripada radiator, sila buka drain port kat bahagian bawah radiator. Tengok tak nampak, pakai deria rasa tangan anda cari saluran air keluar (drain port), bahagian bawah radiator, di tengah-tengah. Pusing ikut lawan jam utk buka drain port. 

Sambil tunggu air radiator habis keluar, boleh la buka hose yang bermasalah tu. Ada klip besi kat hose tu, kena keluarkan supaya mudah nanti nak buka hose.

Masa ni saya tukar hose radiator yang pendek dan hose water pump je, sebab nampak kesan karat tu keluar daripada 2 hose ni je. Hose yang lain masih nampak ok. Jadi tak perlu tukar semua. Kos beli 2 hose ni tak mahal sangat, dalam RM20 hinggit je. Beli kat kedai spare part yang berdekatan. Kalau buat kat kedai repair kereta, mungkin mahal.


Lepas dah siap semua tukar hose tu, dan dah cuci resevoir tank bagi berkilat, bolehlah masukkan coolant yang baru. Aku pakai yang brand Toyota color merah. Harga tak ingat, rasanya RM20 kot sebotol ni. Sebotol cukup lah. Kena campur dengan air RO (beli air botol yang tutup warna putih, 2-3 botol cukup).
Isi dalam tangki radiator sampai penuh dan isi juga dalam resevoir tank secukupnya.

Lepas tu, hidupkan enjin macam biasa. Penutup radiator tu tak perlu tutup lagi sebab nanti nak kena topup air dalam radiator. Masa enjin hidup, air dalam radiator ni akan jadi kurang, jadi nak kena topup bagi penuh. Tunggu sampai kipas radiator pusing, lepas tu boleh lah tutup radiator tu. 
Check juga tempat sambungan hose yang kita buka tadi. kalau-kalau ada bocor, kena repair sampai ok.

Sekian saja perkongsian saya kali ni. Semoga ada manfaat.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats