Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, June 12, 2019

Tukar Motor Fan Alza

Bertemu kembali di ruangan blogger suka-suka update bila masa terluang.

Kali ni nak cerita pasal kipas radiator / kipas aircond kereta Alza.

Baru-baru ni lepas raya, aircond kereta tiba-tiba rasa terlebih panas daripada biasa (parking tengah panas, manakala enjin & aircond hidup).

Check kipas aircond/radiator nampak pusing ok. Jadi aku abaikan masalah ni sebab aku fikir mungkin sebab parking tengah2 musim panas..hehe.

Utk info, umur kereta ni dah 8 tahun. Pernah sekali tukar cooling coil aircond. Lain-lain masalah besar belum ada. Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah sepanjang cuti raya seminggu, balik kampung & balik semula ke bandar dengan jarak perjalanan lebih 1000km tanpa ada sebarang masalah.

Lepas habis bercuti dan balik semula ke bandar, masa tengah bawa kereta ni pusing-pusing kawasan sekitar, tetiba penunjuk suhu panas di dashboard menyala.

Apa lagi, terus berhenti tepi jalan, mati enjin & buka bonet depan check lebih kurang dengan ilmu pomen yg ada sikit-sikit. Rupanya kipas dah tak pusing. Air tangki radiator pun dah hampir kering. Try ketuk-ketuk motor kipas, baru dia pusing tapi tak laju macam biasa. Pusing slow jee...Confirm motor kipas ni dah sampai masa kena tukar.

Lepas tunggu dalam 10-15 minit utk sejukkan enjin, lampu amaran suhu panas dah hilang. jadi apa lagi terus start enjin dan balik rumah. Nasib baik rumah dekat dengan tempat kejadian tadi..


DENSO Radiator Fan Motor - Perodua Alza


Sebelum pegi beli motor kipas ni, aku survey dulu kat online. Paling murah jumpa kat lazada RM139 tak termasuk pos. Lepas tu aku pergi survey kat kedai spare part berdekatan. Paling murah boleh dapat harga RM160. Tapi stok habis pulak...aduii.

Jadi, survey kedai lain yg jauh sikit, dapat harga RM170. Ok lah terus beli & balik pasang.
Cara pasang motor kipas ni tak susah sangat.

Mula-mula kena buka hose radiator bahagian atas supaya dapat tarik keluar cover kipas. 
Lepas tu, buka tangki air radiator. Bila dah buka benda ni, baru boleh tarik cover kipas keluar.
Cover kipas tu takde skru, dia pakai klip je.


0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats