Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, December 04, 2019

masalah pintu ezibox poslaju tidak dibuka

Hari yang memenatkan !! 
Huhh....Hati panas di waktu tengahari yang panas...


Aku sepatutnya terima barang pos ini semalam, tapi tak tau kenapa posmen yg bertugas tidak dapat barang tersebut hantar ke alamat aku...Selalunya bila barang tak dapat diserahkan, posmen yg berdedikasi akan telefon beritahu atau tingalkan nota untuk collect di pejabat pos.

Tapi tak tau lah apa sebab posmen itu tidak berbuat demikian. Tidak call & tidak tinggalkan sebarang nota. Aku hnya dapat SMS shj seperti di atas. Ini kali pertama kena collect di Ezbox Poslaju sejak sekian lama aku berurusan dengan poslaju.

Sebelum ini aku pernah guna Ezbox Poslaju ni utk hantar barang. Tapi kena beli sampul prepaid dulu di pejabat pos, baru boleh guna ezibox ini. Kalau pelanggan kontrak, tak boleh guna ezibox.

gambar hiasan dari google. beginilah rupa ezibox. ada satu komputer di situ. semuanya self-servis

Masalahnya tadi, bila aku nak collect barang kat ezibox poslaju ni, pintu ezibox ni tidak dibuka. Sepatutnya lepas masukkan semua maklumat yg dikehendaki (tracking number, nama, ic), salah satu pintu ini akan dibuka (ada nombor pintu yg ditunjukkan di skrin komputer).

Masalahnya, pintu tersebut tidak dibuka. Barang tersebut belum lagi diambil, tiba-tiba dapat SMS mengatakan item tersebut telah diambil...

Aduhh...macamana ni..aku cuba buat sekali lagi, tapi sistem komputer beritahu nombor tracking yg aku masukkan tadi tidak sah..aduiii....masalah besar ni....
Macamana nak ambil barang dalam tu...dah la urgent !!!

Nak tunggu orang poslaju datang situ, tak tau pukul berapa dorang datang. Aku call pusat poslaju 
1-300-300-300. Macam biasa lah..nak dapat bercakap dgn operator memang susah...kalau henpon pakai prepaid tu, elok topup penuh dulu sebelum call operator syarikat courier..kalau prepaid sikit, jangan call nanti habis gitu je layan mesin bercakap...

Walaupun akhirnya dapat juga laporkan masalah ini kepada poslaju, macam biasa lah, kena tunggu dorang log report...ikut nasib kalau dorang cepat ambil tindakan, alhamdulillah...tapi selalunya kena tunggu macam bulan jatuh ke riba lah...

Oleh kerana barang ni urgent, aku terus pergi ke pusat poslaju yang handle barang tersebut di balakong. Agak jauh juga..dah la jalan jem..
Terpaksa juga ke sana dgn hati yg masih panas..Asalnya nak telefon je tanya...tapi seperti yg dijangka, telefon banyak kali pun tidak di angkat...aduiii...penat la macam nii...

Sampai sana, bila tanya petugas di sana...
Bila di tanya pukul berapa poslaju collect barang di ezibox sana ? Tak tahu !
Siapa posmen yang hantar barang ke sana ? Tak tahu !
Macammana nak ambik barang tu ? Kena tunggu esok..
Adoiiii...penat ooii berurusan dengan courier ni..
Harap esok ada berita gembira..

Sekian coretan tentang ezibox poslaju yang bermasalah. 

4 responds:

Azhan said...

kena tambahbaik servis

Anonymous said...

Apa ya tindakan mereka akhirnya?

Anonymous said...

Hi sis boleh saya tahu sis dapat tak parcel tu? Sbb saya pun hadapi masalah yg sama

prend said...

Apa yg terjadi seterusnya.. Saya pn baru sahaja menghadapi mslh tu tadi

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats