Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Sunday, December 28, 2008

Awal Muharram 1430 Hijrah


Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh,
Mereka berpesan-pesan kepada kebenaran & berpesan-pesan kepada kesabaran.
(Al-Asr ayat 1-3)

Masa berlalu begitu cepat. Adakah matlamat dan azam telah tercapai? Atau kehidupan kita masih sama seperti tahun-tahun yang lepas?
Marilah kita membaca doa akhir tahun & doa awal tahun ini supaya mudah-mudahan Allah s.w.t membimbing kita ke jalan yang benar. Aminn

(103:1-3)

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Sunday, December 21, 2008

my screen

ini lah screen desktop aku.
desktop ni menggunakan OS ubuntu version 8.04 LTS.


Apa itu Ubuntu?

Ubuntu adalah satu sistem sistem operasi lengkap Linux yang sesuai untuk komputer riba (Notebook), Komputer peribadi (Desktop) dan komputer pelayan (server). Ia boleh digunakan secara bebas dan percuma di rumah, di pejabat, di sekolah dan lain-lain. Ubuntu mengandungi pelbagai aplikasi seperti pemprosesan kata, pembaca mel elektronik, perisian pelayan jaringan dan alat-alat pengaturcaraan.

Ubuntu adalah percuma dan sentiasa akan percuma dan sumber terbuka. Anda boleh memuat turun Ubuntu dan dikongsi bersama rakan-rakan dan musuh anda tanpa perlu membayar lesen penggunaan seperti Windows. Selain itu sistem operasi Ubuntu yang berasaskan Linux juga sangat kebal dan anda tidak perlu menggunakan perisian Anti-Virus untuk mempertahankan sistem komputer anda.

Ubuntu akan mengeluarkan versi terbaru sistem operasinya setiap 6 bulan yang akan mengandungi teknologi, kreativiti dan inovasi terbaru dunia perisian percuma dan sumber terbuka untuk komputer peribadi dan komputer pelayan anda. Setiap 2 tahun Ubuntu juga akan mengeluarkan versi LTS atau "Long Term Support" (Sokongan Jangka Panjang) yang akan disokong selama 3 tahun untuk komputer peribadi dan 5 tahun untuk komputer pelayan. Ini sesuai untuk digunakan di dalam persekitaran aplikasi kritikal syarikat.

Ubuntu juga unik kerana ia dikeluarkan di dalam 1 CD sahaja dan ini memudahkan pengguna untuk memuat-turun.

Pemasang Ubuntu juga sangat mesra pengguna dan mempunyai grafik yang sangat mudah dan menarik untuk membolehkan anda menggunakan Ubuntu (termasuk aplikasi kegunaan pejabat dan semua pemacu) dalam masa lebih kurang 25 minit sahaja.

Selamat mencuba dan jika mempunyai masalah silalah menuju ke forum Ubuntu kami. Ramai pengguna-pengguna lain sedia membantu anda.

http://ubuntu.com.my/

Friday, December 19, 2008

10 cara utk hidup Bergaya tapi Papa

1. Bayar semua bil selepas dapat gaji kecuali bayar diri sendiri

Anda bayar bil handphone, eletrik, air, internet, Astro, sewa rumah, installment rumah, installment kereta. Tetapi anda lupa untuk bayar diri anda terlebih dahulu. Do it consistenly until your retirement.

2. Beli kereta baru selepas beberapa bulan kerja

Kereta new brand. 9 tahun hutang. Minimum downpayment. Untuk lebih hebat, ganti sport rim, tambah spoiler, pasang skirting, masukkan sistem stereo, ganti radio, tintedkan cermin, ganti ekzos vroom vroom, tukar stereng sport dan semua yang dijual di kedai seterusnya buat baik dengan tauke kedai spare part. Senang nak tahu bila barang latest sampai. Baru pakai 3,4 tahun ganti yang baru lagi.

3. Pakai kredit kad

Mudah. Senang untuk berbelanja. Sesak-sesak hujung bulan swipe sahaja. Bayar minimum payment yang diminta oleh pihak bank sahaja. “Sayang nak makan di restoran mana hari ni? Abang belanja.”

4. Jadi ahli gymnasium

Mohon keahlian gymnasium berhampiran di tempat kerja. Mudah nak bersenam bila balik kerja. Perut pun macam dah boroi. Apa kelas berjogging di taman-taman awam yang percuma. Bulan pertama pergi hampir setiap hari dan bulan seterusnya dah tak sempat nak pergi sebab tugas yang banyak di pejabat.

5. Holiday setiap bulan

Jadi ahli di mana-mana pusat peranginan. Luar negara pun ok. Penat kerja. Kena release tension selalu. Kad kredit ada. Setakat nak bermalam di mana-mana hotel tiada masalah. Perbelanjaan holiday lebih penting dari menyertai mana-mana kelas pelaburan dan kewangan yang ada di pasaran.

6. Up to date with the latest fashion, gadget

Mesti tahu selalu fesyen terbaru di pasaran. Rambut, baju, minyak wangi, kasut, seluar. Gaya hidup moden. Metroseksual. Selain fesyen, kena beli mp3 player terbaru, kamera digital terkini, telefon bimbit dan macam-macam lagi. Walaupun telefon riban-riban tetapi cuma tahu sms. Sebab call mahal. Ceh. Tapi takpe. Yang penting stylo. Update jangan tak update!

7. Apply personal loan

Duit tak cukup nak berbelanja. Maklumlah maintenance tinggi. Kereta mesti paling baru. Modify sampai jadi paling sporty. Barang dalam rumah mesti yang paling up to date. Pakaian mesti fashionable. Bonus hujung tahun baru dapat. Nanti bayar lah balik lepas dapat bonus.

8. Mohon kredit kad baru

Gaji sudah naik. Promotion sudah dapat. 1 kad sahaja tak cukup. Apa lagi, mohon kad kredit di bank lain pula dengan had kredit yang lebih tinggi. Lebih mudah untuk berbelanja.

9. Say no to part time business & learning more about investment

“You nak I jual walter filter ni ? You ni. Jatuh la standard I. Kawan-kawan I semua VVIP, VIP, Datuk.”

“Apa susah-susah nak belajar pasal invesment ni. I punya agent ada. I call aje. Property agent I kata harga rumah takkan turun. Lagipun I dah buat regular savings dalam unit trust. Diversify diversify diversify dia kata. Broker I pun selalu recommend the hottest stock in the town.”

10. Gosip & Glamour

“Wow. Datuk K ada skandal dengan artis lain? Mana website yang you baca tu? Majalah hiburan apa yang you beli?”

“Er.. Warren Buffet tu siapa? Artis negara mana?”

source: pakdi.my

Thursday, December 18, 2008

sup power kajang

tghari tadi pegi makan bihun sup tulang power kat kajang.
memang sedap..harga pun berpatutan..hanya rm4 semangkuk.
puas hati makan sup ni.
warung ni bawah pokok je..tepi pintu masuk masjid jamek kajang

kalu sapa2 nak try, boleh la ke sana.
kat bawah ni peta lokasi tempat.
warung tu buka jam 12tghari..tutup bila sup habis..
biasanya jam 2 ptg dah nak habis.
kalu lambat, tempat duduk pun takde..kena tunggu le.

Wednesday, December 17, 2008

kerja banyak..

hari ni banyak keje kena buat.
pagi lepas breakfast, terus masuk fab pasang heater kat steelhead et203.
lepas tu tukar DI filter pulak kat neslab et203.
kerja ni siap jam 12tghari.

lunch time pegi cari laksa best kat sg. besi.
poksab tulis dlm blog dia kata sedap. tu nk try.
mmg sedap lah..boleh pegi lagi.

lepas lunch & solat zohor.
Jam 2 terus masuk fab utk pindah equipment FTIR ke fab2.
dlm fab geng2 schanker dok ready dah nak tolak equipment..
tapi org mysem sorang pun takde.
blom balik lunch lagi kot....huhuhu

Monday, December 15, 2008

minyak turun lagi


Alhamdulillah..harga minyak turun lagi.

Terima kasih kerajaan malaysia


KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen lagi berkuatkuasa esok.

Dengan pengumuman terbaru ini petrol RON97 dikurangkan daripada RM1.90 kepada RM1.80. Petrol RON92 pula turun dari RM1.80 kepada RM1.70 dan Diesel juga turun dari RM1.80 ke RM1.70. - Utusan

AIO printer..


Selepas berpikir panjang & kira-kira bajet yg ada, akhirnya aku angkat satu printer kat PC Fair. Harga RM240 (dapat free gift RM50 voucher KFC, 1Gb MP3 player, porch bag, mini fan usb, troley).
Malam tadi terus pasang & test pada Linux Ubuntu 8.04LTS.
Woohaaa...bila plugin saja kat usb port, ubuntu terus detect printer ni.
Tak payah nak install apa2 driver pun..boleh terus guna.
Print ok, scan guna software xsane - ok,
copy - ok
& fax blom test lagi.
rasanya takde problem lah.

Sunday, December 14, 2008

aktiviti sabtu

jam 12.30pm
gerak ke kenduri kahwin rakan sekerja. Lokasi majlis di Cheras.
Seblm pegi, refer map kat wikimapia. Banyak jasa wikimapia ni pada aku.
Dapat jimat masa dan cari jalan short cut.

jam 1.30pm
gerak ke KL utk ambil exam kat st.john institution. Exam utk ejen insuran.
exam start pukul 2.30pm hinga 4.30pm.
sampai tempat exam tu jam 2.15pm..lega..masih ada masa.
parking kereta agak jauh, kena jalan ke tempat exam dlm 5 minit.
kena check permit dulu & cari dewan periksa.
sampai dewan periksa, jam dah pukul 2.25pm.
dalam dewan tu ada lebih kurang 20 org.
baru ambil tempat duduk, exam dah nak mula.
aku belum sempat baca lagi arahan pada kertas soalan exam tu.
aku belum ready lagi ni...huhu
"boleh mula sekarang" kata penjaga exam.
aku belek muka surat pertama, tengok soalan pertama
"ahhhh...susah ni"
soalan kedua pun sama, "ahhh berat macam ni"
utk tidak buang masa, aku cari soalan yg senang dulu.
soalan yg susah, buat last sekali.
habis exam jam 4.30pm...
fuhhh lega...confident level...hmmm 50-50.
harap2 lulus

jam 5.00
pegi PC Fair 2008 bertempat di KLCC.
parking kete tepi jalan je..FOC
fuhh..org punya lah ramai..
nak jalan pun susah.
apa menarik ?? org cakap harga murah sikit kat PC fair ni.
jalan2..pukul 7mlm baru keluar..punya la seksa nak gerak..
aku ada aim satu printer....HP brand..rm240 all-in-one
tengok dari jauh je sbb nak masuk dekat tak boleh..org ramai sangat
lagi pun duit takde lagi..hehe

Friday, December 12, 2008

ORI vs AP

Original Set

  • Pengedar rasmi Nokia adalah Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
  • Pengedar rasmi Sony Ericsson adalah T-Choice, Grandtech, Midlands dan Thorus.
  • First Mobile Group (FMG) adalah pengedar utama telefon bimbit Samsung.
  • FMG memberikan warranty selama 18 bulan.
  • Pengedar rasmi Motorola adalah Satellite Technics, Zitron dan MDM.
  • Pengedar rasmi Siemens adalah Zitron dan FMG.
  • Pengedar rasmi Panasonic adalah Zitron.
  • Pengedar rasmi LG’s adalah Zitron.
  • Anda boleh servis telefon bimbit anda di mana-mana pusat servis. (Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres, etc)
  • 1 tahun warranty termasuk charger, bateri dan handsfree.
  • Alat ganti tulen digunakan ketika membaiki telefon yang rosak.

AP Set

  • Maksud AP adalah Approval Products
  • Selalunya di import di luar negeri dan dijual kepada pengguna
  • Warranty bagi AP set adalah daripada syarikat tempatan seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax dan lain-lain lagi.
  • 1 tahun warranty untuk telefon dan sebulan untuk aksesori seperti charger, bateri, handsfree.
  • Sekiranya telefon anda rosak, anda perlu hantar ke tempat dimana anda membeli telefon tersebut.

Water Set

  • Telefon yang dicuri dan/atau dibeli daripada luar negeri tanpa membayar cukai seperti mendapatkan pelekat SIRIM. Di cap sebagai haram. Selalunya dibawa oleh pelajar yang belajar diluar negeri.

Mengenal pasti Original dan AP Set

  1. Keluarkan bateri telefon
  2. Set original mempunyai pelekat rasmi syarikat. (Zitron, Avaxx, T-Choice, Midland & etc)
  3. Set AP pula mempunyai pelekat syarikat seperti Final Choice, CSL dan lain-lain
  4. Tekan *#06# untuk memeriksa 15 digit nombor siri (IMEI)
  5. Bandingkan dengan IMEI yang ada ditempat letak bateri dan juga pelekat di kotak telefon.
  6. Untuk set original, nombor siri adalah sama.

Gambar Contoh

Gambar Telefon
Telefon

Gambar Bateri
Bateri

Gambar Charger
Charger

info source: http://shop.skycrewz.net/ori-vs-ap/

Monday, December 01, 2008

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats