Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Thursday, February 25, 2010

esok cuti

Esok cuti umum.sempena hari maulidur Rasul 1431 Hijrah.
Selamat bercuti kepada semua. Cuti ni mesti kena cari baby sitter utk anak bongsu.
Sampai sekarang belum cari lagi. Next week wife dah kena start kerja.
Kesian pula nak hantar anak pada orang, masih kecil dan manja lagi.
Macamana agaknya orang jaga anak kita, adakah sama seperti ibu/bapa sendiri yang jaga?
Tentu sekali tidak. Susah juga nak cari baby sitter yang betul-betul memenuhi spec kita.
Zaman materialistik ini, banyak orang yang ingin mendapat upah saja, tanpa menjaga anak dengan baik.
Apa-apa pun, bertawakkal saja kepada Allah supaya anak kita sentiasa mendapat perlindungan-Nya.
Bismillahi tawakkal tu 'alallah.

Info:
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. 
Sumber: ms.wikipedia

Related Posts:

  • DoaDoa di hantar oleh maxis ke handphone ku 22hb..Ya Allah, berilah rezeki & ganjaran Lailatul Qadar kepadaku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, m… Read More
  • harga minyak malaysiaHarga minyak di Malaysia. Hari ini kerajaan Malaysia yg diketuai oleh DSAAB telah turunkan 10 sen lagi...10 sen ajee...ingatkan turun le sampai 5o sen… Read More
  • Promosi Prepaid Mastereload.comPromosi mastereload.com akan kembali bermula 1 Oct 2008 hingga 31 Oct 2008.Yuran pendaftaran hanya RM15. Jika anda berminat utk menjadi ejen prepaid d… Read More
  • Doa lagi..Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang aku lakukan. Ampunkan aku. Lindungilah perjalanan pulangku. Janganlah Kau jadikan diriku sasar… Read More
  • malam Lailatul Qadar Beruntunglah orang yang menemui malam yg lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadarإِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ ال… Read More

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

  • bella
    bellatq info
  • Anonymous
    Anonymousdh tukar ceramic hancur gak..sakit pale
  • Anonymous
    AnonymousTu normal bro...aircond compressor meman…
  • Anonymous
    Anonymousbetul kata tuan..saya pin alami yg sama.…
  • Anonymous
    AnonymousSy ada iswara sedan 1.5s.Tgh bwk kreta k…
Widget by Helplogger

Stats