Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Sunday, February 21, 2010

saham

Untung betul orang yang ada saham banyak di bank rakyat. Dapat dividen 15% tu. Aku ada rm500 saja dlm tu.
Kalu saham tu di buka lagi, nak juga aku top up dalam seribu dua..bagi duit tu beranak pinak dlm tu..bertambah la dividen..cukup tahun dapat hasil lebih.
-------------------------------------------------------------------------------

Sumber berita kosmo online

Dividen Bank Rakyat 15 peratus

KUALA LUMPUR - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus yang akan dibayar pada Isnin ini.
Berita baik kepada seramai 794,199 ahli yang terdiri daripada individu dan koperasi itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Sebanyak RM299 juta dividen tunai itu akan dibayar kepada semua ahli pada 22 Februari nanti,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam bagi mengumumkan Prestasi Kewangan Bank Rakyat dan Dividen bagi tahun berakhir 31 Disember 2009.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats