Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, April 23, 2010

Avatar 2009

macam ni rupa avatar.

Semalam, balik dari kerja, aku singgah kedai. Kemudian nampak ada sorang cina buka bonet kereta sambil jual berbagai-bagai jenis DVD. Ni cetak rompak la. Siap buka meja lagi. Macam-macam movie ada. Sambil melayan pelanggan, matanya melilau juga tengok keliling. Takut ada mata-mata gelap kot..hehe. Jarang sangat dah sekarang ni aku nampak orang jual VCD DVD tepi jalan ni. Kalau dulu-dulu kat mana-mana saja mesti ada orang jual. Yang bergerak cari pelanggan kat kedai makan pun dah lama tak nampak. Majoriti penjual biasanya cina. Aku ni minat juga beli yang pirate...bukan nak sokong sangat barang pirate, tapi yang ori mahal sangat..apa boleh buat. Bajet nak kena jaga juga..heehee

Belek punya belek, aku nampak movie Avatar. Orang kata cerita ni top tahun lepas. Cerita yang mesti kena tengok. Walaupun agak ketinggalan zaman, aku cadang nak tengok juga cerita ni, sambil tu boleh juga buat koleksi movie yang dikatakan kategori pecah panggung, so aku keluarkan wallet tengok ada sikit-sikit duit agak cukup untuk beli. Murah saja, RM6 sekeping. Sebelum beli tu, aku tanya 2-3 kali juga pasal kualiti gambar DVD tu.

Aku - "bos, ini cd gambar ok ka?"
Cina - "mesti ok maa, ini celita sudah lama, ini original copy punya maa"
Aku - "betul haa...takda senget-senget punya gambar?"
Cina - "betul maa, kalu talak ok, lu boleh mali tukar"
Aku - "ok lah, saya angkat ini satu".

Balik rumah, test dvd...gambar cantik..mmg ori copy punya. Tak sia-sia beli. Tengok 2-3 minit..nampak macam sedap juga movie ni. Malam ni kalu free sket, nak layan movie ni sampai habis. Esok ada projek lain pulak.

2 responds:

athirah mustapa said...

serious memng best cite ni...pengajaran ie pon bagus...i sampi tgok 3 kali kat cinema.....huhuhu

Anonymous said...

masih belum habis menonton..pause at 2:00:00 hrs

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats