Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Saturday, April 23, 2011

apa cerita

Mufti Perak kata poco-poco haram. Majlis fatwa kebangsaan kata tak haram. Rujuk sini. Mana satu yang boleh pakai? Fatwa apa macam ini. Orang Islam pening, orang bukan Islam tengok lagi pening. Macamana nak dakwah kalau benda-benda macam ni pun tak boleh settle. Orang-orang kepala agama tak satu kepala susah jadinya. Poco-poco tu macamana? Aku pun tak pernah tengok orang menari poco-poco nih. Pada aku, kalau setakat menari biasa-biasa tu takde hal lagi. Tapi kalau dah pakaian menjolok mata tak tutup aurat bercampur lelaki & wanita, itu memang sah lah haram.

Lagi satu cerita pasal telur tiruan. Macam-macam la sekarang ni orang boleh buat. Kenapa jadi macam tu, mungkin kat negara Cina sana susah nak dapat telur ayam. Mungin ayam dah mogok tak mau bertelur. Yang aku hairan ni, macamana telur tiruan boleh lepas masuk Malaysia? Nasib baik juga media ada cerita pasal telur tiruan, kalau tidak, dah tentu ramai yg termakan bahan-bahan kimia ni. Try cari kat google, macamana proses buat telur tiruan. Memang nampak beza antara telur tiruan & telur asli.

Bukan telur sahaja tiruan, banyak benda sekarang ni bukan yang asli. Bahan kimia pun banyak juga masuk dalam badan. Itu pasal orang Islam jadi huru-hara tak boleh bersatu hati dalam hal-hal agama ni.

Lagi satu hal, apa hal pulak nak bagi email free kat rakyat Malaysia. Email yg free dah ada belambak tak sempat nak guna pun. Siapa sebenarnya rakyat sasaran yang nak di bagi email tu? Banyak tempat lagi yang belum ada liputan internet. Daripada bagi email free, baik bagi free yuran langgan internet ni. Kalau tak nak bagi free pun, kasi turun sikit lah sewa bulanan tu. Ini dah lah mahal, slow pulak...huhu.

Apa la haii nak jadi. Usia dunia makin tua.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats