Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Friday, July 15, 2011

bulan penuh

Sudah lama tidak nampak bulan di langit. Malam tadi kebetulan masa duduk di beranda rumah, terpandang ke langit gelap. Nampak bulan penuh sedang memancar cahaya yang terang tanpa dilindungi awan. Cerah betul. Subhanallah.

Dengan segera aku mencapai kamera, dengan penunjuk bateri yang berkelip-kelip tanda nak habis kuasa, aku adjust mode kamera kepada night shot, dan fokus ke arah bulan. Nampak dalam kamera dah cantik, tapi bila snap, dapat gambar yang kabur. 4-5 kali shot, gambar kabur juga. Kamera amatur memang macam ini agaknya.


Biasanya serigala jadian akan muncul bila bulan mengambang penuh. Ada ke serigala jadian? Dulu banyak cerita keluar dalam TV pasal serigala jadian. Seronok juga tengok cerita-cerita mitos macam tu.

Apa-apa pun, sekarang ni dah masuk pertengan bulan Syaaban. Lebih kurang 15 hari lagi, umat Islam akan menyambut Ramadhan, bulan penuh keberkatan. Masjid-masjid akan mula dipenuhi jemaah. Dekat-dekat nak raya nanti, masjid mula kembali lengang.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats