Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Wednesday, July 27, 2011

makan durian

hari ini perut ku terasa lain berbanding hari-hari biasa. Mana tidaknya, pagi-pagi dah pekena bihun goreng satu pinggan dan teh tarik satu gelas yang dikhaskan untuk orang-orang yang datang training, tapi training hari ini dibatalkan disaat-saat akhir atas sebab-sebab teknikal.

Lepas tu, pihak pengurusan pula menjamu durian, pulut, santan, rambutan, duku dan air. Program makan durian ni dah dirancang awal. Makan tak banyak, tapi bila dah pekena pulut durian, terasa macam nak keluar isi perut. Nasib baik aku stop makan. Kasi perut lega sikit.

gambar hiasan

Kemudian tengahari sikit, makan pula nasik yang dikhaskan untuk orang-orang yang tak jadi training. Makan sikit buat syarat alas perut supaya tak lapar petang nanti. Apa-apa pun yang penting hari ni, save duit aku tak payah keluar pegi makan lagi. Cuma tadi masa datang kerja lepas hantar anak sekolah tadika, bunyi sesuatu yang luar biasa pada tayar belakang wira, tup...tup..tup...macam ada sesuatu yang melekat pada tayar. Nak kata batu lekat, tak mungkin sebab bunga tayar dah hampir rata, tanda-tanda nak kena tukar tayar baru.

Bila berhenti kat parking, belek punya belek, nampak separuh screw sudah terbenam dalam tayar. Aduss..patut lah ada bunyi pelik. nak tarik risau takut keluar angin. Nak cucuk lagi dalam, takut bocor banyak. Aku try sembur air tempat ada screw terbenam separuh tadi, nampak macam ada keluar angin sikit, dengan cepat aku start enjin dan terus pergi kedai tayar di seri petaling, nasib baik sempat sampai, tayar pun masih ada angin lagi. Cabut screw dan tampal dengan getah. Kos RM5 saja. Alhamdulillah. Selesai sudah.

Aku ingat sepanjang pakai wira ni, dah 5-6 kali juga tayar kena paku/screw ni. Dulu sekali kena kat highway kesas, tayar pecah terus sebab kena besi yang jatuh drp lori. Terpaksa tukar tayar lain. Jadi, hal-hal tayar kena paku, atau hal-hal tayar pecah ni susah nak dijangka. Kalau kena tu, standby keluar duit lah nampaknya. Kalau poket pun tengah kempis, macamana gayanya. Huhuhu..

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats