kesan kemalangan lama
Lebih 10 tahun dulu, aku pernah kemalangan motorsikal semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Kemalangan yang paling meninggalkan kesan dalam hidup. Motorsikal yamaha rxz ditunggang sempurna dengan kelajuan biasa. Kejadian berlaku di waktu malam ketika jam hampir ke angka 12 tengah malam. Maklumlah, ketika itu, aku kerja syif malam.
Ketika hampir sampai dipersimpangan lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah, aku perlahankan motorsikal. Di kiri dan kanan ada kereta sedang berhenti menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Dalam jarak lebih kurang 5 meter, lampu isyarat kemudian bertukar ke warna hijau. Ketika itu aku betul-betul sampai di garisan berhenti dekat lampu isyarat. Bila saja lampu bertukar hijau, dengan perlahan aku pusingkan throttle minyak untuk bergerak. Kurang daripada 5 saat bergerak, tiba-tiba muncul cahaya yang terang dari arah kanan dengan disusuli dengan dentuman kuat memecah kesunyian malam
Keadaan sunyi sepi buat seketika waktu....Kemudian dalam keadaan separa sedar, aku lihat kiri, kanan, atas, bawah. Kepala terasa berpusing dan berat. Aku cuba bangun, tapi tak berdaya. Tiada kekuatan untuk aku berdiri. Kemudia aku sedar, ada beberapa orang rakan sekerja ada di sisi bertanya keadaan aku. Aku cakap tangan kanan sakit..patah ke? Aku tanya berulang kali, siapa yang langgar aku. Dalam keadaan begitu, otak aku tidak dapat berfikir dengan waras akibat hentakan kuat semasa jatuh. Aku juga tidak nampak di mana motorsikal aku berada dan juga tidak tahu siapa yang melanggar aku.
Selepas beberapa ketika dan fikiran aku kembali normal, aku mula mengetahui bahawa tangan kanan aku tidak boleh di angkat. Kemungkinan telah patah akibat jatuh dengan kuat. Lain-lain kecederaan hanya luka-luka kecil sahaja. Orang yang melanggar aku adalah seorang warga asing yang sedang menuntut di Malaysia. Dipercayai telah memandu laju dan melanggar lampu merah. Kereta yang dibawa adalah kereta sewa. Aku juga nampak motorsikal terpelanting jauh dari tempat aku dilanggar. Melihat kepada keadaan motorsikal, aku yakin kereta tersebut telah melanggar fork depan yamaha rxz menyebabkannya patah.
Malam itu juga, dengan bantuan kawan-kawan sekerja, aku di bawa ke bahagian kecemasan hospital universiti malaya. Skrg ini dikenali dengan pusat perubatan universiti malaya (PPUM). Setelah mendapat rawatan dan x-ray, memang sah bahawa tulang bahu kanan aku telah terkeluar daripada kedudukannya. Melihat laporan doktor, bahu kanan aku telah mengalami "clavicle fracture". Menurut doktor, kecederaan begini tidak ada sebarang ubat atau cara untuk membetulkannya semula. Ketika itu, seluruh minda aku bercelaru, apakah nasib di masa hadapan dengan keadaan tangan kanan yang tidak sempurna ini?. Adakah aku menjadi orang kurang upaya seumur hidup?
Balik dari hospital, doktor hanya meletakkan arm sling sahaja bagi mengurangkan tekanan pada tangan & bahu kanan yang cedera. Di awal pagi tu, sejurus keluar dari hospital, kami singgah di kedai mamak pekena teh dan sedikit makanan buat alas perut yang mula lapar.
Seminggu juga aku duduk di rumah sewa dengan keadaan tangan yang bergantung di leher menggunakan arm sling. Tidur menjadi tidak selesa. Sakit-sakit di badan dan bahu tempat cedera.
Selepas seminggu berlalu di rumah sewa, aku di bawa balik kampung oleh kedua orang tua untuk berehat panjang. Ketika dalam tempoh bercuti inilah aku dibawa berjumpa beberapa bomoh tulang di kampung berdekatan bagi tujuan membetulkan keadaan tulang bahu yang telah cedera itu. Ada yang urut dan ikat kayu di bahagian tulang yang tersembul itu. Agak tidak selesa juga. Kata seorang tukang urut, agak susah nak betulkan semula sebab kejadian dah agak lama. Kalau segera di bawa kepada pakar urut tulang, boleh jadi elok sedikit. Ada lagi seorang tukang urut, katanya lama-lama nanti, tangan kanan aku ni akan mengecil sedikit sebab kesan daripada kecederaan itu. Entahlah. Ketika itu aku tidak fikir sampai ke situ. Cuma aku berharap supaya tulang yang tercabut itu boleh bercantum semula seperti sedia kala.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, bahagian otot bahu kanan dan belakang rasa tidak selesa. Sakit-sakit dan lenguh. Tegang urat. Semasa balik kampung tempoh hari, sempat aku pergi berurut dengan saudara sebelah rumah untuk melegakan kesakitan. Baik hanya sementara waktu. Kemudian sakit & lenguh datang semula bila pusing-pusing kepala. Terasa urat tegang dibahagian leher dan belakang tulang kipas.
Bagaimana nak pulih sepenuhnya? Adakah siapa pakar dalam hal membetulkan urat saraf yang telah rosak ini?

27 responds:
mari urut dengan CERAGEM..
buleh pulihkan saraf2 yg dh rosak
bereh, nanti ada masa free nk gi try skali
salam, sy nk syor 2 tempat...
1.utk sendi tulang tu, buleh cuba berikhtiar d kg baru pasir pekan, kota bharu kelantan. nama tok wan man
2.utk urat dan saraf2 tu, leh cuba ikhtiar dgn pak da hassan dekat masjid panglima bayu tanah merah kelantan...
dan alhamdulillah, caranya unik dan sangat berkesan. dijamin halal jakim :)
Anon 7:18..
Terima kasih atas info
Tgn mmg x bole angkat ke bro?? Mcm lumpuh ke??
alhamdulillah...takde apa2 kesan serius...cuma kadang2 lenguh saja..
Ble x sya btnya? Ad x claim dgn socso? Sya dgr klu ptah tulg bhu x dpt socso sbb bkn ilang upaya kekal...sya btul2 perlukn jwapan..trima ksih
ada buat claim socso.
dapat juga tapi tak banyak
Dapat bape percent tuk bahu
Tulang bahu saya tekeluar smpai nk tembus isi..x p brubat boke gerak mcm biasa tp kdg2 nty rsa lenguh tang blkang bhu...kdudukan bahu saya x rata..
Saya masa belajar kat kedah,masa tu 2009 pernah jatuh tapi saya x buat rawatan selalu sebab tak rasa sakit...sebulan sebelum raya haji baru ni baru rasa sakit sangat kat bahu&belakang...saya pergi berubat kat tok bomoh patah di kursial tanah merah.ore panggil dia yo pok mudo. Dia urut tak rasa sakit sangat pun...Alhamdulillah...dengan izin-Nya,bahu saya yg tercabut dah sembuh dan tak rasa sakit lagi. Cuma belakang masih lagi rasa sakit dan sekarang ni pun saya masih lagi meneruskan rawatan kat situ....
Salam bro..ade x alamt atau no contact tok wan man dan pak da hassan..minta jasa baik bro sbab sya nk ikhtiar prgi merawat kesan retak bahu sya :(
bro, yg bg info tu tak dapat dikesan...guna nama anon...huhu
Sin clair:Awak cuba buat rawatan kat tempat saya gi buat rawatan kat kusial tanah merah... Dengan izin Allah,dah ramai orang sembuh berubat dengan dia&puas hati...bahu saya yg tercabut&sakit belakang sbb sippeddisc dulu pun dah sembuh bila saya gi buat rawatan kat situ...Bayarannya atas keikhlasan
kita....
En Akmal, boleh bagi peta lokasi tempat? Senang nak mencari.
En madeeaziz,boleh pm no.wassap kat e-mail saya akmalshabramalisi@gmail.com,nanti saya bagitahu lokasi&no.tel dia....
check email :-)
Salam, smpai skrg ke urat leher tu tegang dan sakit? Sbb sy rasa sy mngalami bnda yg sama seperti tuan
yee betul tuan anon 3:53PM...sakit2 leher & urat tegang
Salam...minta jasa baik semua kwn2.. suami saya patah bahu kanan 6taun lpas.. efect smpi mggangu saluran pnafasan... sampi skrg tulang blakang yg kt bahu tu dh turun namak ketara.. jd rusuk pon jd xbetul kedudukanya... xtahu nk berubat kt mana...sape2 blh beri tahu kt mne nk buat rawatan... urgent sgt.. kdg2 berhari2 xdpt tidur sebab sesak nafas... blh sms 0177160604
salaam bro. ramai rekomen pakar urut Haji Lugua di Jelebu ni. semua info bro boleh dapat kat link blog ni:
http://www.jasduit.com/2013/03/haji-lugua-tukang-urut-handal.html?m=1
Semoga Allah permudahkan urusan bro.
Bleh x sy nak lokasi n nombor telefon dia jugak sbb suami sy pun alami benda yg sama

Boleh puan pm no.wassap puan kat e-mail saya...nanti saya beritahu no.tel&lokasi tempat yg saya gi buat rawatan tu
Boleh cuba daptkan rawatan di Qalam Laduni UKM Bangi
https://www.facebook.com/qalamladuni/
Dlm ukm ke ni. Byran mcm mne ye labelmini
Sedang mencari rawatan sakit bahu
Post a Comment