Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Tuesday, June 16, 2015

NGV


Kepada pengguna NGV (gas asli), harga gas ini akan dinaikkan mulai bulan September 2015. Apa nak dikatakan lagi, rakyat didahulukan..pencapaian diutamakan. 
Betul sangat slogan ciptaan kerajaan masa kini. Serba serbi nak dinaikkan. 

Petikan FB Dr. Maza
"Sejak satu tempoh negara kita bagaikan ada yang tidak kena. Tiga kapal terbang menjadi trajedi, banjir paling besar melanda negara, helikopter terhempas dalam dan luar negara, gempa bumi dahsyat berlaku dan kini kapal laut kita pula menjadi mangsa. Ditambah pula dengan krisis 1MDB, kejatuhan mata wang dan lain-lain. 
'Seakan' daratan, udara dan lautan tidak serasi lagi dengan kita. Bagaikan diberi tanda bahawa keberkatan mula dicabut satu persatu dari negara tercinta.
Betapa kita semua perlu memohon agar Allah terus memberkati negara kita. Hendaklah kita semua sekelian warga negara, khususnya para penguasa menyemak apa yang telah mereka dan 'anak isteri' mereka lakukan agar tidak zahir kemurkaan ar-Rahman di udara, lautan dan daratan.
Dalam sejarah zaman yang diberkati Tuhan seperti di bawah pentadbiran khalifah-khalifah soleh; bumi menjadi subur, rakyat menjadi makmur dan kedamaian diakur.
Marilah kita sentiasa berdoa dan berusaha mengubah punca-punca yang boleh menyebabkan bala turun kepada negara."


0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats