Penyakit Bawaan Air
Penyakit bawaan air adalah cabaran utama kepada populasi dunia, terutama sekali di dalam negara membangun. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan UNICEF menganggarkan bahawa ia merupakan punca kepada 80% penyakit dan satu pertiga kematian di negara membangun. Di dalam laporan yang berasingan, WHO menganggarkan bahawa 88% penyakit bawaan air adalah disebabkan kebersihan yang diabaikan, masalah sanitasi dan bekalan air yang tidak selamat.
Air adalah keperluan asas manusia, 70% daripada tubuh badan manusia adalah dibentuk daripada air. Orang biasa perlu meminum enam hingga lapan gelas air setiap hari.
Penyakit bawaan air adalah disebabkan dua perkara:
- Pencemaran bahagian kimia dan industri. Contohnya bahan kimia yang merbahaya, nitrat atau besi di dalam bekalan air disebabkan pencemaran industri terhadap bahan kimia agrikultur yang berlebihan.
- Bahaya mikrob yang mencemar air dengan bakteria, virus dan organisma parasite yang menyebabkan penyakit. Kebanyakan pencemaran ini adalah disebabkan air yang bersentuhan dengan haiwan dan najis manusia. Satu gram najis mengandungi hampir 100 bilion mikrob.
Terdapat banyak jenis penyakit bawaan air, daripada cirit-birit dan kolera kepada polio dan meningitis. Ia mungkin menjadi penyakit yang merbahaya, mengubah kehidupan malah mengancam nyawa mereka yang dijangkiti. Namun, terdapat langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk melindungi diri daripada penyakit bawaan air.
- Cirit-birit dan Gastroenteritis
- Sakit dan kejang abdomen
- Demam kepialu
- Disentri
- Kolera
- Meningitis
- Penyakit cacing Guinea
- Hepatitis
- Polio
Air Yang Selamat
- Pastikan air itu kelihatan bersih dan bebas daripada kelodak dan pasir. Air boleh ditapis untuk membuang bahan yang mencemarinya.
- Sentiasa minum air yang bersih. Gunakan air yang boleh diminum atau air bersih yang telah diperoleh melalui tablet atau cecair pembersihan air untuk membunuh mikroorganisma yang bahaya di dalamnya. Jangan minum air yang tidak dirawat.
- Pastikan mana-mana air yang disimpan mempunyai kualiti mikrob yang sesuai untuk kegunaan kerap.
- Jika air disimpan untuk mandian, tambahkan Cecair Antiseptik Dettol seperti dalam panduannya ke dalam air mandian untuk membunuh bakteria merbahaya.
- Amalkan kebersihan tangan yang baik, basuh tangan dengan teliti menggunakan sabun selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
- Pastikan semua makanan telah dibasuh, dibersihkan dan dimasak sepenuhnya untuk membunuh bakteria dan kuman merbahaya yang mungkin ada di dalamnya.
- Dapatkan imunisasi untuk melindungi diri dengan vaksin yang menentang penyakit.
Q: Penyakit bawaan air hanya berlaku di negara membangun?
Penyakit bawaan air boleh berlaku di mana-mana negara, namun ia lebih kerap berlaku di negara-negara membangun disebabkan kurangnya infrastruktur untuk membekalkan air yang bersih, saluran kumbahan dan sanitasi.
A: Penyakit bawaan air hanya memberi kesan kepada komuniti yang terdedah?
Ini hanyalah mitos, penyakit bawaan air boleh memberi kesan kepada sesiapa saja, namun bergantung kepada penyakit yang dijangkiti. Ia mungkin memberi kesan yang lebih buruk kepada kanak-kanak, bayi, warga tua dan mereka yang mempunyai keadaan kronik.
sumber artikel: http://www.dettol.com.my/my/illnesses/waterborne-diseases/
sumber artikel: http://www.dettol.com.my/my/illnesses/waterborne-diseases/
Banyak penapis air ada jual di pasaran, tetapi adakah semuanya mampu menapis dan merawat air?
Nak pilih penapis air ni susah juga sebab sekarang banyak sangat jenama yang hebat-hebat dengan harga yang mampu milik.
Apakah ciri-ciri penapis air yang baik?
Lihat video di bawah.
Air adalah kehidupan.
Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang penapis air tersebut, sila hubungi saya.
0 responds:
Post a Comment