Mengisi masa lapang dengan aktiviti blogging.

Saturday, August 29, 2015

DIY-cable plug distributor.

Nota: Untuk kereta proton wira/iswara 12V carburator sahaja. 
Kereta lain mungkin berbeza.

Jika berlaku keadaan di mana enjin susah nak start, atau kadang-kadang enjin mati, cuba check kabel plug atau penutup ignition distributor. Biasanya kat dalam cap distributor tu dah kotor menyebabkan api tak cukup kuat untuk supply ke plug. 

distributor cap dan rotor. 
bila dah lama menyebabkan ianya kotor dan sambungan menjadi tidak berapa baik.

Kadang-kadang kabel plug ni pun dah tak berapa elok. Kena tukar kabel baru. Harga di pasaran (kedai spare part) dalam lingkungan RM30 (biasa) dan harga original dlm lingkungan RM50


 
Ini sambungan kabel plug proton wira 1.5 (carburator) pada bahagian ignition distributor.
Nombor susunan 1,2,3,4 itu merujuk kepada kedudukan plug.
Kabel paling panjang adalah nombor 1 dan kabel paling pendek adalah no.4 


Nombor 1, 2,3, 4 dikira bermula dari sebelah kanan ke kiri.
Kira daripada kabel paling panjang ke paling pendek.

0 responds:

Iklan Tepi

Catatan Pelawat

Stats